suria

Selepas ibu Aliff Syukri ‘sound’ berlakon nazak, isteri pula positif Covid-19

Isteri Aliff Syukri disahkan positif Covid-19.

BERITA usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri yang dijangkiti Covid-19 setelah pulang dari Turki mengundang persoalan ramai tentang kesahihannya kerana dianggap hanya gimik.

Enggan berdiam diri tentang isu kesihatannya, Aliff akhirnya berkongsi salinan laporan perubatan daripada sebuah hospital di Damansara.

Lebih menguatkan dakwaan dia sememangnya positif virus maut itu, isterinya pula iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid turut mengaku dia dijangkiti Covid-19 pada lewat petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri positif Covid-19 tahap 3, masuk hospital selepas pulang dari Turki... Mohon maaf takut umur tak panjang

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri terkejut dakwaan hantar staf sendiri bida aset Sajat - “Saya dah tua, tak nak kontroversi dah”

"Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat.

"Doakan saya cepat sembuh," kata Nur Shahida menerusi perkongsian di Instagram.

270150075_140362665054686_62753184607418034_n

Shahida memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya.

Pada Rabu Aliff mengundang simpati dan keresahan ramai apabila memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga selain memohon maaf kerana bimbang usianya tak panjang.

Namun ibu Aliff yang juga usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur anaknya itu yang dilabel sebagai 'raja viral' kerana menjaja tentang isu kesihatan bagi meraih simpati ramai.

Ramai menanti. Baru dapat result petang ni. Kontak rapat, saya pun positif. Alhamdulillah anak-anak semua sihat

NUR SHAHIDA

ISTERI ALIFF SYUKRI

"Mak geram dengan kau Kri (Syukri), memang Covid-19 tahap 3 tapi dah sembuh.

"Dok sana (hospital) seorang diri jangan bagi orang risau. Dah sembuh pun, tak payah nampak nazak sangat. Dah sihat pun post macam nazak," katanya.

Tambah Rozita yang turut sama dalam percutian ke Turki pada 15 Disember lalu, dia tidak bersetuju dengan perbuatan anaknya itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

"Posting minta maaf kat netizen. Habis kat mak tak nak minta maaf? Sebelum minta maaf kat netizen, baik minta maaf kat mak dulu.

"Kau jangan nak poyo sangat Syukri, kau jangan cari masalah," luahnya lagi.

Dalam pada itu Aliff turut membalas bebelan Rozita dan berkata hatinya terluka dengan tindakan ibunya itu.

"Sampai hati mak cakap macam tu, mak tak kesian dengan kita ke? Hati saya terluka," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain