suria

Harris Alif mahu ikut Intan Ladyana masuk dewan bersalin, teringin lihat sendiri proses lahirkan anak

Harris dan Intan bakal timang cahaya mata hujung Februari ini.

MAHU menemani isteri dan merasai sendiri pengalaman di dalam dewan bersalin, pelakon dan penyanyi Harris Alif bagaimanapun akur jika prosedur operasi standard (SOP) tidak mengizinkannya berbuat demikian.

Kata Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi, 23, dia akan memberanikan diri menemani isterinya iaitu pelakon Intan Ladyana yang dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada hujung Februari nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 7 bulan, Intan Ladyana dikejarkan ke hospital selepas positif Covid-19... Suami kuarantin di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Netizen nampak ‘baby bump’ Intan Ladyana... Harris Alif mohon doa yang baik-baik - “Sampai masanya saya akan beritahu”

“Saya okey nak teman dan melihat sendiri proses bersalin nanti.

“Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri.

harris alif

Harris teruja dan mahu rasa sendiri pengalaman menemani isteri di bilik bersalin

“Tetapi tidak tahu bagaimana SOP yang ditetapkan hospital. Jadi perlu ikut sahaja,” ujar Aliff kepada mStar.

Bakal bergelar bapa pada usia muda, Harris memberitahu dia lebih senang mempelajari ilmu keibubapaan menerusi bacaan secara atas talian.

“Sekarang zaman moden, gunakan teknologi sebaik mungkin. Cari sahaja di Internet. Banyak ilmu manfaat yang boleh dipelajari.

Ini adalah pengalaman pertama, pastinya saya mahu rasai sendiri.

HARRIS ALIF

PELAKON/PENYANYI

“Jadi tak perlu saya hadiri kelas untuk belajar ilmu menjadi seorang bapa.

“Selain itu ibu bapa saya juga sering beri nasihat apa yang patut dilakukan apabila sudah ada anak sendiri nanti,” ceritanya.

Hariss dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021 di Kuala Lumpur.

harris alif 2

Hariss dan Intan berkahwin pada 5 Februari 2021.

Mereka sebelum ini tidak pernah berkongsi cerita tentang kehamilan meskipun peminat sudah dapat melihat baby bump pada Intan.

Hujung tahun lalu Intan dikejarkan ke hospital selepas disahkan positif Covid-19, sementara Harris pula menjalani kuarantin di rumah.

Baru-baru mereka akhirnya membuka mulut tentang kehamilan Intan dan memberitahu punya alasan sendiri untuk tidak menceritakan hal tersebut kepada umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain