suria

Maya Karin takut menyanyi ‘live’ di pentas, bimbang diserang anxiety

Maya lebih selesa berlakon berbanding menyanyi di atas pentas.

MASALAH anxiety atau serangan panik yang dialami pelakon Maya Karin sejak lapan tahun lalu membuatkan dia tidak berani untuk menyanyi di atas pentas.

Menurut Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 42, perkara itu membuatkan dia membuat keputusan memberi fokus kepada kerjaya lakonan berbanding nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Karin terlepas peluang bintangi Crazy Rich Asian dengan Henry Golding gara-gara diserang anxiety ketika uji bakat

ARTIKEL BERKAITAN: Khir Rahman punca Maya Karin terima ‘lamaran’ Ghaz Abu Bakar - “Kalau hati tak rasa seratus peratus, saya akan tolak”

"Saya tak pernah kata akan berhenti menyanyi, cuma rezeki saya lebih kepada bidang lakonan. Lagipun menyanyi atas pentas akan membuatkan saya anxienty.

maya

Maya fokus lakonan.

"Kalau di set penggambaran, perasaan kebimbangan melampau itu kurang. Kalau saya ada alami serangan panik ketika penggambaran, saya akan minta berehat kejap.

"Kalau menyanyi, kena serangan panik ke tak... saya kena berada atas pentas. Agak menakutkan untuk saya menyanyi secara live," katanya kepada mStar.

Maya ditemui ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, pada selasa.

Kalau di set penggambaran, perasaan kebimbangan melampau itu kurang.

MAYA KARIN

PELAKON

Sekitar November tahun lalu, Maya mendedahkan dia berdepan masalah gangguan keresahan atau anxiety sejak lapan tahun lalu.

Episod paling teruk yang dirasainya adalah mengalami perasaan gementar sehingga tangannya menggigil.

Anxiety juga pernah menyebabkan Maya gagal dalam uji bakat sekali gus terpaksa melupakan peluang untuk menempatkan diri dalam naskhah Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.

Maya 1

Maya hadapi masalah anxiety sejak lapan tahun lalu.

Dalam pada itu, pelakon filem Munafik 2 ini berkata, dia mula berkongsi tentang masalah yang dihadapinya itu selepas mengalami serangan panik ketika menyelam di Sabah pada tahun lalu.

"Sebenarnya dah lama juga saya alami masalah anxiety. Saya mula kongsi perkara ini selepas balik dari Sabah.

"Saya pergi sana nak mencuba menyelam untuk menentang masalah anxiety. Tapi malangnya, saya alami serangan panik dalam air.

"Baru saya sedar, ia sesuatu yang sangat bahaya. Sebab itu saya kongsikan masalah yang saya hadapi di Instagram," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain