suria

Seharian isteri tahan sakit kontraksi, Nubhan syukur timang anak ketiga

Nubhan dan isteri timang cahaya mata ketiga pada Rabu lalu.

SYUKUR dan teruja, itu yang diluahkan penyanyi Nubhan apabila berkongsi berita gembira isterinya Dr Afifah Hidayah Tawfek selamat melahirkan anak ketiga pada Rabu lalu.

Bayi perempuan seberat 3.37 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan kira-kira pukul 11.45 pagi.

"Alhamdulillah isteri dan baby kami berada dalam keadaan sihat. Kedua-duanya dah dibenarkan pulang dan kini sedang berpantang di sebuah pusat penjagaan ibu dan anak di Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan positif Covid-19, kuarantin di hotel kerana bimbang isteri hamil 6 bulan - “Lega dah lengkap vaksin, keadaan jadi tak teruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Nubhan cerita pengalaman terkejut beli beg LV harga RM14,200... Mak Jenny dah ‘plan’ nak melaram pergi makan kenduri

"Perasaan memang seronok cuma anak ketiga ini kita dah lebih bersedia dan berpengalaman, jadi tak ada la gementar macam anak pertama dahulu.

"Semua kelahiran memang saya akan teman isteri di bilik bersalin, kesakitan itu lebih kurang sahaja. Isteri menahan sakit kontraksi sehari tapi baby kali ini lebih senang keluar," katanya kepada mStar.

nubhan 2

Proses kelahiran anak ketiga dipermudahkan.

Terdahulu, Nubhan memuat naik foto dan berkongsi mengenai kelahiran cahaya mata ketiganya itu di laman Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sekali Lagi ini berkata dia merancang untuk memiliki dua lagi cahaya mata.

Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah!

NUBHAN

PENYANYI

"Ikutkan perancangan memang nak lagi dua, cukup lima anak. Tapi itu semua berbalik pada rezeki. InsyaAllah!

"Sekarang ini biarlah isteri berehat dulu sampai anak besar sikit, dia pun akan sibuk dengan perniagaannya selepas ini.

nubhan 3

Nubhan dan isteri merancang miliki lima cahaya mata.

"Syukur saya dapat pecah tradisi dalam keluarga memiliki dua anak perempuan sebab dalam lapan adik beradik lain mereka hanya memiliki seorang sahaja anak perempuan dan ada yang semua lelaki," ujarnya.

Untuk rekod, Nubhan dan isteri berkahwin pada 2015 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata, Aafiya Kamilia berusia empat tahun dan Ahmad Aaffan, dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Sebelum

Aishah terima gelaran Datuk

Artikel Lain