suria

Azhan Rani kemalangan motosikal, kini dalam keadaan stabil

Azhan terlibat dalam kemalangan pada Isnin dan keadannya kini stabil.

PELAKON Azhan Rani berada dalam keadaan stabil selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada tengahari Isnin.

Perkara itu dimaklumkan pelakon Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman yang memberitahu aktor itu masih dalam pemantaun doktor di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita warga emas lari berkaki ayam dalam lumpur minta bantuan, Azhan Rani sayu tengok sendiri kesusahan penduduk pedalaman

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tenang je ‘Frontliner’ dikritik, tak sangka untuk tayangan Netflix - “Skrip ke laut dalam... boring”

"Amanah daripada sahabatku, Azhan Rani. Dukacita ingin menyampaikan pada semua yang Azhan terlibat dengan kemalangan motosikal pada tengahari semalam (Isnin).

Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya.

BETO KUSYAIRY

PELAKON

"Alhamdulillah keadaannya stabil dan masih dalam jagaan pakar," kata Beto menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.

Bagaimanapun, pelakon berusia 41 tahun itu tidak berkongsi maklumat lanjut mengenai kemalangan melibatkan Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani.

Azhan yang juga popular menerusi drama Nur tidak memuat naik sebarang perkembangan dirinya di laman Instagram.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti seperti Nabila Huda, Ummi Nazeeraq, Pekin serta ramai lagi mendoakan agar Azhan diberikan kesembuhan cepat

Azhan 1

Azhan bersama dua buah motosikalnya.

Dalam pada itu, Beto turut menyampaikan permohonan maaf daripada Azhan yang tidak dapat menjawab semua panggilan serta mesej buat sementara waktu.

Tambah Beto lagi, Azhan juga bersyukur dan menghargai orang ramai yang mengambil berat terhadap dirinya.

"Pada semua sahabat, kenalan dan wartawan yang cuba menghubunginya secara peribadi, dia mohon maaf kerana tak dapat nak jawab segala panggilan serta mesej untuk sementara waktu ni.

"Namun dia tetap menghargai segala perasaan ambil berat ke atas dirinya. Sama-sama kita doakan dia agar segera sembuh dan kembali pulih seperti sediakala," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain