suria

Tuduh wanita rembat bantuan mangsa banjir, Nabila Huda bakal berdepan saman

Nabila Huda bakal berdepan tindakan undang-undang gara-gara perkongsiannya di media sosial.

GARA-GARA lantang menuduh seorang wanita yang juga aktivis kemasyarakatan berlaku tidak amanah dalam membantu mangsa banjir, pelakon dan pengacara Nabila Huda bakal berdepan tindakan undang-undang.

Menurut aktivis berkenaan iaitu Fatimah Zaharah Rahim, Nabila dengan sengaja menyalahgunakan kemudahan aplikasi Instagram dan Twitter sehingga menimbulkan kebencian masyarakat terhadapnya.

Sehubungan itu Fatimah melantik barisan peguam terdiri daripada Datuk Wan Azmir Wan Majid, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli bagi meneliti tindakan yang sesuai diambil ke atas pengacara program Melodi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntutan lebih RM2.5 juta, kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap 5 sekawan dipindah ke Mahkamah Tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami berpendapat ada pembelaan yang baik” - Peguam dua defendan kes saman fitnah Siti Nordiana kaji fakta kes, tak tolak idea selesai luar mahkamah

"Berdasarkan dakwaan berita palsu, fitnah dan tuduhan yang dilemparkan ke atas anak guam, kami akan kaji tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap Nabila Huda.

"Isu ini timbul selepas Nabila Huda memuat naik kenyataan yang menuduh anak guam saya mengambil bantuan yang diletakkan di pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat.

nabila 2

Nabila bakal berdepan tindakan undang-undang.

"Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya," ujar Nurul Hafidzah kepada mStar.

Tambah Nurul Hafidzah, anak guamnya memandang serius penyebaran berita palsu dan fitnah di media sosial itu.

Katanya ia adalah sikap tidak bertanggungjawab dan dibuat tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu sebelum sebarang gambar, video dan kenyataan dimuat naik.

Perkongsian pelakon itu sudah menjadi viral dan menjejaskan reputasi anak guam saya.

NURUL HAFIDZAH HASSAN

PEGUAM

Malah, Fatimah Zaharah juga menegaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh Nabila Huda adalah tidak benar sekaligus boleh menyebabkan kedudukan mereka yang bekerja dalam industri hiburan diprejudiskan.

Pada 25 Disember lalu, Nabila Huda menyelar tindakan seorang individu yang didakwa mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.

hafidzah 2

Peguam mewakili Fatimah (dari kiri); Nurul Hafidzah dan Zeti Zulkifli.

"Ha, ini salah seorang manusia yang ambil kesempatan. Selamba ambil barang-barang dekat masjid Sungai Lui, bawa pergi tempat lain dan kata barang itu sumbangan daripada dia," tulis Nabila bersama foto wanita terbabit di Twitter.

Perkongsian itu menerima hampir 4,000 ulang kicau, namun telah dipadam oleh aktres berkenaan.

Untuk rekod Nabila Huda boleh diambil tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 yang mengawal selia tuntutan fitnah undang-undang sivil yang memberi remedi pampasan atau gantirugi melalui Akta Undang-Undang Sivil 1976.

Manakala tuntutan jenayah meliputi Seksyen 499 hingga 502 Kanun Keseksaan yang membawa penalti penjara atau denda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain