suria

Enggan digelar mat salih, Anna Jobling bangga mengaku orang Melaka

Anna bangga mengakui orang Melaka.

CARA percakapan yang lemah lembut membuatkan peminat tidak menyangka pelakon berdarah kacukan Melayu dan Inggeris, Anna Jobling sebenarnya berasal dari Melaka.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, ramai pengikut media sosial yang menganggap karakter dirinya tidak seperti berasal dari negeri bersejarah itu.

"Ramai terkejut apabila saya kongsi di Instagram Story kerap berada di Melaka, ramai mesej tanya saya orang Melaka ke? Bila saya beritahu saya orang Melaka mereka terkejut sebab katanya saya tak kasar dan lembut sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: "Susah sikit nak sertai ratu cantik antarabangsa sebab kita Islam" - Juara Dewi Remaja, Haneesya Hanee

ARTIKEL BERKAITAN: Peserta Dewi Remaja 2019 ‘dikurung’ 54 hari, elak kontroversi pesta arak berulang

"Orang Melaka ni memang nampak kasar dan lantang dalam percakapan tapi sebenarnya itulah cara kami... kalau orang yang tak kenal mesti ingat kami macam tengah marah, tapi jangan risau kami sangat friendly.

"Walaupun saya dari Melaka tapi saya tak membesar di sana, jadi mungkin itu sebab saya tak lantang atau kasar macam mereka, cuma saya kerap pulang ke kampung ibu di sana dan kebanyakan saudara-mara saya memang style orang Melaka.

anna 2

Anna bersama ibunya yang merupakan anak jati Melaka.

"Saya okay sahaja berbual dengan mereka sebab dah terbiasa... memang riuh dan seronok kalau dapat berjumpa, sejujurnya saya bangga untuk mengakui saya orang Melaka," katanya kepada mStar.

Membesar dalam dua budaya berbeza, pelakon drama Oh My Hantaran ini berkata dia tidak melihat hal itu sebagai satu cabaran atau kesukaran.

Walaupun muka saya macam mat salih tapi saya tak nak dikatakan mat salih, saya nak orang tahu saya ada darah Melayu!

ANNA JOBLING

PELAKON

Ini kerana dia sudah terbiasa mengadaptasi kehidupan mengikut dua budaya itu sejak daripada kecil lagi.

"Bagi saya tak susah pun membesar dalam dua budaya berbeza sebab saya dah biasa sejak kecil lagi, saya dua budaya itu secara semula jadi. Lagi pula kita di Malaysia, kalau saya membesar di luar negara mungkin agak mencabar.

anna 3

Anna bergandingan bersama Noki dalam drama Oh My Hantaran.

"Cabaran itu ada apabila saya masuk dalam industri kerana sebelum ini saya kurang bergaul dengan orang Melayu tapi sekarang saya bekerja dalam kelompok masyarakat Melayu dan pelbagai bangsa.

"Saya kena belajar lagi perbaiki cara percakapan bahasa Melayu saya... walaupun muka saya macam mat salih tapi saya tak nak dikatakan mat salih, saya nak orang tahu saya ada darah Melayu dan bangga jadi orang Malaysia," ujarnya.

Untuk rekod, Anna mula bergelar model sejak berusia 15 tahun dan mencuba nasib menyertai Dewi Remaja 2018/2019 ketika berusia 18 tahun.

Anna yang juga merupakan anak tunggal dilahirkan dan membesar di Kuala Lumpur.

Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas berasal dari United Kingdom dan ibunya berbangsa Melayu merupakan anak jati Melaka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain