suria

Jenazah Pian Cecupak selamat dikebumikan

Arwah Pian selamat dikebumikan kira-kira pukul 11.10 pagi Khamis.

LANGIT cerah mengiringi majlis pengebumian pelawak dan pengacara Allahyarham Mohd Rafik Abdul Rahman atau Pian Cecupak di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Allahyarham Pian yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung, ditemukan terbaring dalam bilik air

Terdahulu arwah dimandi dan disolatkan di Surau At-Tawqwa, Taman Dato Senu, Sentul.

WhatsApp Image 2022-01-27 at 11.44.45 AM

Pelawak Yassin (dua dari kiri) antara yang hadir.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak perempuan iaitu Nuraina Fazrin, 25, dan Nurleena Fazrin yang berusia 22 tahun.

WhatsApp Image 2022-01-27 at 11.43.01 AM

Suasana di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda.

Pian sebelum ini berkahwin dengan Rashidah Muhammed Hussin namun berpisah pada tahun 2000.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan terdekat serta pelawak Yassin Yahya hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah Pian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain