suria

[VIDEO] Wartawan cilik Bukit Selambau rupa-rupanya peminat ‘cumi-cumi’, tergamam dapat video call daripada Nabila Razali!

Nabila Razali beri kejutan kepada wartawan cilik Bukit Selambau, Haziq.

SEPI... sepi apa tak tau?

Soalan spontan kanak-kanak bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang digelar wartawan cilik ini kepada Nabila Razali ketika diminta menyanyikan lagu Peluang Kedua cukup menghiburkan penyanyi berkenaan.

Manakan tidak, Muhammad Haziq, 12, yang berasal dari Bukit Selambau, Kedah ini begitu tergamam apabila menerima kejutan panggilan video daripada Nabila.

ARTIKEL BERKAITAN: Petah dan santai... ‘wartawan cilik’ pegang mic lapor suasana pasar Bukit Selambau, siap panggil mak datin!

ARTIKEL BERKAITAN: Popular sekelip mata sampai artis pun teruja... guru dedah di sebalik keceriaannya, wartawan cilik ini ada masanya diam di sekolah

Menerusi perkongsian video di Instagram Nabila, Muhammad Haziq yang cukup terkenal kerana petah berbicara dilihat teruja apabila berpeluang berbual dengan penyanyi kesayangannya itu.

haziqsda

Haziq meminati Nabila Razali sejak dua tahun lalu.

"Hari ini saya nak buat special video call kepada adik Haziq yang buat report fasal ular sawa yang amat besaq (besar) tu. Korang semua mesti tahu kan.

"Dengarnya waktu 2020 adik Haziq ni ada buat arts work sebab peminat Nabila Razali. Jadi Bella nak video call dan nak tengok reaksi dia," katanya.

Sebelum ini, ibu kepada Haziq ada berkongsi foto kerja tangan dengan tulisan 'I Love Nabila Razali' di Facebook miliknya.

Saya doakan semua impian Haziq tercapai nak jadi cef yang hebat dan terkemuka.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Sementara itu, Haziq mengaku mula meminati penyanyi itu sejak dua tahun lalu, malah melalui perkongsian video berdurasi dua minit itu turut menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Dalam pada itu, Haziq juga memberitahu cita-citanya ingin menjadi seorang cef suatu hari nanti kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan.

Selain itu, Nabila turut mendoakan agar wartawan cilik ini dipermudahkan segala urusan dalam mengejar impian dan cita-citanya.

HAZIQQ

Haziq bercita-cita ingin menjadi cef suatu hari nanti.

"Saya doakan semua impian Haziq tercapai nak jadi cef yang hebat dan terkemuka di seluruh dunia dan dapat pengiktirafan yang paling tinggi," katanya.

Muhammad Haziq mula meraih perhatian apabila dia memuat naik video penemuan ular sawa dalam longkang di Pasar Bukit Selambau dengan turut membuat ulasan secara langsung sehingga tular di media sosial.

Video yang meraih lebih sejuta tontonan itu menarik ramai kerana kepetahan Muhammad Haziq yang bertutur dengan lancar seolah-olah pengulas berita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain