suria

Kes harian Covid-19 meningkat, Khai Bahar takut konsert solo berdepan masalah lagi

Dalam keterujaan, Khai juga risau dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

PENINGKATAN kes harian Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini mengundang kerisauan penyanyi Khai Bahar yang bakal mengadakan konsert solo pertamanya dalam tempoh kurang 10 hari saja lagi.

Namun Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, berharap keadaan akan menjadi stabil dan tidak berlaku situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya belum stabil, Khai Bahar letak sasaran bercinta umur 30 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar perjelas maksud emoji ‘love’ untuk Nabila Razali, peminat dah mula doa cepat bertemu jodoh

"Melihat peningkatan kes sejak beberapa hari ini buatkan saya semakin risau.

"Bagaimanapun saya bersama-sama team yang terlibat dalam penganjuran konsert sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan," katanya kepada mStar.

khai bahar 3

Khai pastikan penganjuran konsert patuh SOP.

Menjelang hari konsert pada 12 Februari ini juga, Khai berkata dia sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan yang teliti.

Malah dia juga berjanji pada malam konsert yang akan berlangsung di Petaling Jaya Performing Art Centre (PJACC) itu nanti mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat.

"Pihak penganjur akan pastikan kawalan ketat ketika malam itu nanti. Semua yang terlibat akan buat swab-test dahulu sebelum hadir.

Harap tiada perkara buruk yang akan berlaku pada malam itu nanti.

KHAI BAHAR

PENYANYI

"Saya sendiri akan pastikan kesihatan sentiasa dijaga sebelum konsert menjelang.

"Harap tiada perkara buruk yang akan berlaku pada malam itu nanti. Semoga semuanya berjalan lancar," jelasnya.

Bercakap tentang persiapan konsert, Khai memberitahu semuanya sudah 50 peratus siap ketika dihubungi pada Rabu.

khai bahar 2

Bakal berduet dengan Aina Abdul pada malam konsert

Khai juga tidak sabar bertemu peminat selepas perancangan mengadakan konsert pertama di Istana Budaya dua tahun lalu dibatalkan.

"Tak sabar sebenarnya untuk berjumpa peminat. Ini adalah peluang saya dekat dengan mereka selepas konsert sebelum ini dibatalkan.

"Tentang persediaan vokal, saya hanya lakukan latihan vokal setiap hari. Saya banyak merujuk YouTube untuk teknik latihan yang bersesuaian," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain