suria

Dah cuba pelbagai produk tapi tiada kesan, Rody Kristal akhirnya nekad tanam rambut

Rody botakkan kepala gara-gara alami masalah rambut.

SELEPAS mencuba pelbagai produk melebatkan rambut, pemain gitar utama kumpulan Kristal, Rody akhirnya membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut di sebuah klinik.

Menurut Rody atau Mohd Rodi Baharudin, dia nekad melakukan proses tersebut selepas berdepan masalah rambut yang teruk sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun tidak bertegur, hubungan Lan Solo dan Rody Kristal kembali pulih selepas terserempak di surau

"Kali terakhir saya botak masa pergi tunaikan umrah sekitar 2017. Lama juga saya simpan rambut ini, memang sayang bila nak botakkan kepala.

Anak-anak panggil saya 'monster' sebab muka bengkak.

RODY

PEMAIN GITAR KRISTAL

"Tapi sebab ada masalah rambut, saya terpaksa berkorban botakkan kepala. Ikutkan dah macam-macam produk cuba, tapi tak berjaya.

"Makin lama, makin berkurangan rambut saya di bahagian depan. Itu yang saya nekad untuk buat rawatan tanam rambut," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Rody berkongsi foto memperlihatkan dirinya membuat rawatan tanam rambut di Instagram miliknya.

Berkongsi mengenai kesan sampingan, Rody memberitahu mukanya kini mengalami bengkak akibat ubat bius yang digunakan untuk proses itu.

Rody 1

Anak-anak menggelarkan Rody sebagai monster.

Biarpun alami sedikit luka di kepalanya, namun Rody menganggap ia satu pengorbanan untuk rambutnya kelihatan cantik.

"Buat masa ini, muka saya jadi bengkak... mungkin akan bengkak selama tiga hari. Anak-anak panggil saya 'monster' sebab muka bengkak.

"Tak ada kesan sampingan yang teruk cuma ada luka sikit-sikit saja. Insya-Allah lagi beberapa hari okay la. orang cakap 'beauty is pain' kan.

"Saya memang lebih suka rambut panjang. Biarlah botak kejap daripada rambut panjang tapi bahagian depan botak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain