suria

Bawa watak wanita ada masalah rumah tangga, Siti Saleha akui ada terkait kisah peribadi

Saleha profesional dalam menggalas watak dalam lakonan

MEMEGANG watak seorang isteri dan ibu yang berhadapan dengan masalah kerjaya dan rumah tangga, pelakon Siti Saleha akui ia sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap kisah peribadinya.

Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 32, bagaimanapun mengambil sikap profesional dan tolak tepi semua masalah peribadi untuk menjayakakan watak Doktor Suzana dalam drama terbaharu berjudul Love In Lockdown.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Saleha sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut cerai! Rumah tangga bermasalah... Siti Saleha, suami muncul di mahkamah

“Betul ada sedikit terkait dengan kisah peribadi saya.

“Bagaimanapun seperti mana-mana tawaran berlakon, saya akan letakkan sepenuh jiwa untuk menjayakan sesebuah watak.

“Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi,” ujar Saleha.

siti saleha 2

Saleha ketika hadir ke mahkamah Januari lalu untuk proses lafaz cerai

Untuk rekod, Saleha sah bercerai dengan bekas suami Ahmad Lutfi Azhar pada Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Berkongsi lanjut tentang drama tersebut, Saleha juga amat teruja kerana diberi tanggungjawab sebagai seorang frontliner ketika berhadapan dengan situasi pandemik Covid-19.

Saya sentiasa bersikap profesional dan tolak tepi kisah peribadi

SITI SALEHA

PELAKON

Dia juga menjadikan watak Meredith dalam drama popular Grey’s Anantomy sebagai inspirasi ketika di set penggambaran.

“Watak ini adalah sesuatu yang saya hendak cuba kerana saya boleh rasa bagaimana menjadi frontliner yang bekerja tanpa henti ketika situasi pandemik.

“Sering kali melakukan swab test untuk bekerja, jadi serba sedikit memberi gambaran kepada saya tentang watak ini.

“Selain itu saya melihat bagaimana penatnya watak Meredith yang merupakan seorang doktor sebagai salah satu contoh.

siti saleha 3

Barisan pelakon Love in Lockdown

“Kekuatan watak Doktor Suzana dalam cerita ini mungkin tidak sama seperti diri saya, tetapi sifat sebagai seorang yang sangat suka dengan kerjanya adalah gambaran tentang diri saya,” katanya.

Drama ini turut membariskan pelakon lain seperti Shah Iskandar, Julia Farhana dan pelakon baharu Sara Mack.

Ia bakal ditayangkan bermula 20 Februari secara pensrtiman di platform SOOKA.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain