suria

Ashira alami simptom ‘long Covid’ pelik, dengar suara bercakap dalam fikiran sampai sukar tidur malam

Alami anxiety teruk, Ashira sukar tidur malam

PERNAH dijangkiti Covid-19 sekitar Ogos lalu, penyanyi Ashira memberitahu dia masih mengalami kesan jangka panjang akibat virus berkenaan.

Menurut Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, dia berdepan masalah sukar tidur dan fikiran terganggu dengan pelbagai suara.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Vida tak puas hati Ashira suka kerja cuci pinggan, rendahkan ‘level’ artis

ARTIKEL BERKAITAN: Bad Indigo jatuh sakit selepas kahwin, Ashira terpaksa ambil upah basuh pinggan di kedai makan

“Kesan Covid-19 itu rasa dapat rasakan sehingga sekarang. Saya sukar untuk tidur dan ada masa sehingga pukul 6 pagi baru boleh lelapkan mata.

“Tak tahu apa yang difikirkan. Saya selalu rasa ada banyak suara yang bercakap dalam fikiran ini.

“Beberapa kali terjadi, air mata saya secara tiba-tiba mengalir ketika sedang makan,” katanya kepada mStar.

ashira 2

Ashira mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Bad Indigo pada Mac 2021

Terdahulu, Ashira berkongsi info tentang sindrom long Covid yang dialaminya di Instagram dan turut menasihati orang ramai supaya tidak lalai dalam menjaga kesihatan diri.

Sementara itu, peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini juga memberitahu dia mengalami perasaan kebimbangan yang keterlaluan atau anxiety namun takut untuk berjumpa doktor.

Saya selalu rasa ada banyak suara yang bercakap dalam fikiran ini

ASHIRA

PENYANYI

“Saya tiada kawan yang pernah mengalami perasaan seperti ini, jadi tidak tahu kepada saya untuk bertanya.

“Ada terfikir untuk berjumpa doktor, tetapi saya rasa takut. Lebih banyak perkara yang saya fikirkan terjadi kalau jumpa doktor nanti.

“Saya hanya sibukkan diri di rumah sahaja untuk hilangkan perasaan anxiety. Kalau rumah dah bersih pun saya akan kemas sekali lagi,” ujarnya.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya seni, Ashira bakal bertanding di peringkat akhir Malaysia Championships of Performing Arts (MCOPA) pada Ahad ini.

ashira 3

Ashira mencuba nasib dalam sertai pertandingan MCOPA

Juara bagi program ini akan mewakili Malaysia ke peringkat dunia yang dijadualkan berlangsung pada Julai nanti.

“Saya tidak menyimpan harapan untuk menang, tetapi pastinya akan buat yang terbaik pada malam Ahad ini.

“Walaupun sudah bergelar artis, saya suka menyertai pertandingan sebegini untuk mencari lebih banyak pengalaman dan mencari ilmu bermanfaat,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ashira, Bad Indigo, Ashira Anxiety, MCOPA

Artikel Lain