suria

Utamakan karya seni, Amir Masdi elak buat content merapu di media sosial

Amir kekalkan prinsip bertahan dalam industri tanpa kontroversi.

BERJUANG dalam industri seni tanpa sebarang kontroversi menjadi prinsip penyanyi Amir Masdi untuk kekal bertahan dan disenangi ramai.

Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 26, juga sentiasa berpegang kepada nasihat ibu supaya berkerja keras sebagai penyanyi dan bukan kerana cerita sensasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja keras Amir Masdi akhirnya berbaloi, lebih dikenali selepas masuk AJL35 - “Saya tak boleh puas hati dan berehat”

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Masdi seronok nama trending selepas persembahan di AJL35, ‘follower’ pun bertambah!

“Saya bukan yang fikir kontroversi untuk cipta nama dan saya percaya ia bukan satu jalan terbaik untuk dikenali.

“Ibu selalu berpesan, be yourself. Saya percaya pada nasihat itu untuk terus berjalan sebagai seorang anak seni,” ujar Amir kepada mStar.

amir masdi 2

Amir tidak mahu nama melonjak naik hanya kerana kontroversi.

Dalam masa sama, Amir juga mengaku tidak pernah terfikir untuk mencipta content sensasi di media sosial untuk menarik perhatian ramai.

Meskipun sedar penting platform tersebut untuk mempromosikan hasil kerja, namun Amir lebih selesa hanya berkongsi tentang karya seni.

Ibu selalu berpesan, be yourself

AMIR MASDI

PENYANYI

“Dari dahulu lagi saya seorang yang jarang melihat telefon bimbit. Jadi sebab itu kurang aktif di media sosial.

“Saya tahu sekarang ia menjadi medium paling dekat dengan peminat, tetapi saya belum pandai nak ‘melekat’ di media sosial.

“Jadi akan akan letakkan limitasi dalam perkongsian di medium tersebut,” katanya.

Bercakap tentang perkembangan kerjaya, Amir tampil dengan lagu baharu berjudul Debu.

Lagu duet dengan Dayang Nurfaizah ini merupakan ciptaan bersama Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.

Pertama kali berkolaborasi dengan Dayang, Amir meluahkan rasa teruja kerana penyanyi itu adalah salah seorang yang sering menjadi impiannya untuk bekerjasama.

amir masdi 3

Rasa bertuah dapat berduet dengan Dayang.

“Jika ditanya dengan siapa saya mahu berduet, nama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang yang akan saya sebut. Kini impian itu tercapai.

“Tidak sangka kami disatukan dalam lagu ini. Saya bukan mahu tumpang populariti Dayang kerana saya tahu dia merupakan bakat besar dalam industri,” jelasnya.

Lagu Debu sudah boleh didengari di semua platform digital bermula Selasa, manakala video muziknya boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain