suria

Asyraf dulunya budak nakal, Datuk K dedah bagaimana anaknya berubah

Datuk K bangga dengan perubahan Asyraf

PERUBAHAN yang ditunjukkan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dalam bisnes dan kehidupan banyak didorong oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Perkara itu didedahkan bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K dalam sebuah hantaran video yang dikongsikan Asyraf baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Khalid kesal tanggapan tumpang pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza - “Tak guna kabel atau minta bantuan ayah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi rezeki, Tya Arifin, Asyraf Khalid hadiahkan kereta jenama Volkswagen kepada dua pekerja

Datuk K turut merakamkan penghargaan kepada Azizan yang berjaya mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh tiga tahun.

Sementara itu, Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di kediaman mereka pada Isnin lalu.

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.

ak 4

Asyraf menerima bimbingan Azizan Osman sejak tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang menerima lebh 30,000 tontonan setakat ini.

Dulu Asyraf merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapa serta merasakan dirinya tidak berjaya.

Tambah Asyraf, beliau faham perjalanannya masih jauh namun sangat bersyukur dengan luahan bapanya buat pertama kali di hadapan mentor sendiri.

Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada mentor yang dapat mengeluarkan potensi dalam diri ini

ASYRAF KHALID

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada mentor yang dapat mengeluarkan potensi dalam diri ini," jelasnya.

ak 2

Asyraf bersama bapa dan ibu tirinya, Siti Nurhaliza

Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

"Nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan yang melahirkan ramai usahawan jutawan.

ak 1

Keluarga banyak mendorong kejayaan Asyraf.

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

ak 3

Asyraf dan Tya menerima pelbagai anugerah dalam bisnes.

Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” katanya.



Asyraf berkahwin dengan pelakon Indonesia Tya Arifin 1 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariff Jiwa Asyraf, 4, dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia dua tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain