DIBESARKAN di United Kingdom (UK), bintang YouTube Aiman Nasir Wynne mengakui ramai netizen yang masih lagi mempersoalkan agamanya. Aiman, 24, yang berdarah campuran British ini berkata, dia menjalani kehidupan di sana mengikut ajaran Islam.ARTIKEL BERKAITAN: Banyak makan budu, mat salih viral Aiman Kecek Kelate rindu makan nasi kerabu - “Makanan di UK tak ada rasa” Malah, dia juga mendalami agama Islam ketika balik ke kampung bapanya di Kelantan. "Di UK ada saja orang Islam tapi orang bukan Islam suka menilai dan mereka meletakkan sesuatu imej pada Islam. Ramai komen dan mesej di media sosial mengatakan saya bukan Islam. Mereka persoalkan agama saya AIMAN WYNNE PENGACARA "Ketika usia 17 tahun, saya banyak belajar dan mendalami Islam dengan makcik dan pakcik saya di Kelantan. "Ramai juga yang memberi komen dan mesej di media sosial mengatakan saya bukan Islam. Mereka persoalkan agama saya," kata Aiman kepada mStar. Aiman mula mendapat perhatian selepas video dia fasih bercakap dialek Kelantan tular di media sosial. Memulakan langkah pertama dalam industri seni, Aiman bakal muncul dalam sebuah program travelog jelajah seluruh Malaysia tidak lama lagi. Aiman dalam proses mempelajari bahasa Melayu. Dalam pada itu, Aiman mengakui dia masih belum menguasai bahasa Melayu namun berharap dapat mempelajarinya dengan cepat. "Saya belum lagi fasih berbahasa Melayu, baru saja nak mula dan sebenarnya ia akan jadi lebih mudah jika orang bercakap Melayu dengan saya. "Kalau belajar sendiri atau macam di sekolah, ia akan mengambil masa yang sangat lama, mungkin sampai empat tahun. "Bagi saya, cara terbaik untuk belajar sesuatu bahasa adalah dengan bercakap menggunakan bahasa yang ingin dipelajari," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!