suria

[VIDEO] Aliff Syukri tak sempat cuci berak, lari lintang pukang rumah terbakar… Selamatkan diri, tak fikir jam mahal!

Aliff Syukri terkejut apabila melihat kepulan asap di rumah.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik mencemaskan apabila salah satu bilik di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Selangor terbakar pada Rabu.

Menurut Aliff, 35, semasa kejadian dia berada di dalam bilik air dan menyedari mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh pekerjanya.

"Pengalaman yang amat menakutkan saya apabila mendengar jeritan dari anak-anak, pengawal, pembantu peribadi, pembantu rumah dan tukang kebun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak dah besar, Aliff Syukri malu jika ada kontroversi... Takut dilabel orang tua tak sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri kena maki dengan netizen gara-gara tulis ucapan birthday, luah perasaan bosan hidup tanpa Sajat

"Asap sampai naik ke atas, semasa itu saya sedang berak (buang air besar) sampai tak sempat nak cuci... tak perasan langsung terbakar.

"Ketika kebakaran itu, orang ketuk pintu (bilik air) dan saya menjerit sambil lari lintang pukang. Sampai tak cukup tanah nak lari, sudahlah rumah saya ni besar sangat," katanya menerusi laman Instagram.

aliff 2

Aliff hanya fikirkan keselamatan keluarga.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman video kekecohan semasa kejadian itu berlaku.

Dalam rakaman tersebut, Aliff menunjukkan katil pada salah satu bilik di tingkat bawah kediamannya terbakar.

Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal... saya buntu dan mengelabah!

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Semasa dia dan keluarga menyelamatkan diri keluar daripada rumah, penyanyi lagu Coba Bahagia ini berkata dia tidak memikirkan lagi mengenai harta benda.

Malah, dia hanya mengingati Allah dan memohon supaya keluarganya diselamatkan daripada insiden buruk.

TONTON VIDEO ALIFF INI!

"Saya lari tapi tak jumpa jalan keluar... waktu tu tuhan je tahu, saya hanya fikir nak selamatkan nyawa keluarga saya sahaja.

"Tak fikir dah jam mahal, rumah mahal... saya buntu dan mengelabah! Siapa nak video bahagian kedua, saya kongsikan ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain