suria

Ramai artis menyanyi lagu ketuhanan, Rabbani pesan jaga tingkah laku... Faham lirik, bukan hanya nak kaut untung

Rabbani berharap muzik nasyid kembali meriah seperti dahulu.

BIMBANG melihat perkembangan industri nasyid yang semakin perlahan, Rabbani menyeru kumpulan-kumpulan baharu agar berani ke depan bagi mempromosikan karya dakwah mereka.

Salah seorang ahlinya, Azadan Abdul Aziz berkata, kebanyakan mereka selesa untuk bergerak sendiri tanpa dikenali dalam muzik arus perdana.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengganti arwah Ustaz Asri ke ni? Remaja ini rasa kerdil, tak sangka disamakan dengan vokalis Rabbani selepas kongsi video nyanyian di TikTok

ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani Sangkal Muzik Nasyid Semakin Lapuk

“Sebenarnya banyak kumpulan nasyid di Malaysia. Rasanya ada lebih daripada 60 kumpulan termasuk yang lama dan baharu.

“Cuma ada antara mereka yang selesa bergerak sendiri dan tidak dikenali dalam arus muzik perdana.

“Kami harapkan mereka ini akan muncul untuk terus mewarnai muzik nasyid di Malaysia dan menyampaikan karya-karya mereka buat manfaat ramai,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Azadan juga berpendapat kumpulan baharu ini perlu tahu untuk mencari ruang dan peluang agar nama mereka lebih dikenali.

rabbani 2

Rabbani antara kumpulan nasyid yang masih bertahan sejak awal kemunculan

Dia juga terbuka jika ada mana-mana penyanyi atau kumpulan nasyid yang mahu meminta nasihat atau pendapat berkenaan cara mempromosikan karya mereka.

“Kemunculan kami dahulu di bawah syarikat rakaman, jadi tidak ada masalah untuk menjaga hubungan baik dengan mana-mana pihak agar nama kumpulan nasyid dikenali.

“Mungkin peluang sebegitu tidak ada untuk penyanyi nasyid baharu.

“Mereka boleh sahaja berjumpa kami atau mana-mana kumpulan nasyid yang senior untuk minta pendapat atau bantuan.

“Kami juga berharap stesen televisyen dan radio akan terus memainkan lagu-lagu nasyid tempatan,” katanya.

Sementara itu, melihat semakin ramai penyanyi yang bukan daripada genre nasyid menyanyikan lagu-lagu berbentuk kerohanian dan ketuhanan, ia adalah satu progres yang amat baik.

Kami bangga dan seronok melihat ramai artis menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan. Ringan sikit kerja kami untuk sampaikan dakwah dalam lagu

RABBANI

Namun menurut seorang lagi anggota Rabbani iaitu Mohd Asri Ubadidullah, dia berharap lagu-lagu ini tidak hanya dinyanyikan untuk tujuan komersial semata-mata.

Katanya, setiap penyanyi harus faham maksud lagu yang disampaikan dan ia harus diterjemahkan dalam setiap tingkah-laku harian.

“Kami bangga dan seronok melihat ramai artis menyanyikan lagu berkonsepkan ketuhanan. Ringan sikit kerja kami untuk sampaikan dakwah dalam lagu.

“Bagaimanapun setiap penyanyi itu harus betul-betul bersedia jika mahu nyanyikan lagu dengan konsep sebegini kerena mereka perlu faham setiap perkataan yang disebut,” katanya.

Rabbani ditemui ketika majlis pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Husnul Khatimah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin.

Lagu ini membawa mesej untuk seluruh umat supaya kembali bangkit selepas diuji dengan apa sahaj dugaan terutamanya penularan wabak Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain