ENGGAN penonton bosan dengan watak sama dilakonkan sebelum ini, pelakon Fattah Amin memberanikan diri membawa karakter berbeza dalam drama terbaharu berjudul Khilaf Asmara. Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 32, ini merupakan kali pertama dia menerima cabaran membawakan watak antagonis selepas 10 tahun bergelar anak seni. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Alhamdulillah! Doa Fattah Amin mahu Fazura bertudung akhirnya dimakbulkan ARTIKEL BERKAITAN: Ekspresi wajah Fazura tengok Fattah Amin dipeluk depan mata memang ‘win’ - “Kelakar sangat tengok reaksi saya” "Sejak awal berlakon saya sering diberi watak lelaki yang baik dan mempersonakan. "Saya takut nanti peminat bosan dan anggap saya sebagai seorang pelakon stereotype. "Membawa watak antagonis dalam drama Khilaf Asmara, saya harap peminat boleh terima dan melihat keupayaan saya membawakan watak begitu," katanya. Drama Khilaf Asmara turut menampilkan Fasha Sandha dan Nelydia Senrose Seiring kematangannya dalam bidang lakonan, Fattah memberitahu dia menolak melakonkan babak keterlaluan atau bersentuhan dengan pelakon wanita. Kata Fattah, dia akan berbincang terlebih dahulu dengan pengarah dan juga rakan pelakon sebelum memulakan penggambaran. "Saya memang tidak menyentuh pelakon wanita melainkan berlapik dan tidak akan melakonkan babak yang keterlaluan. Saya takut nanti peminat bosan dan anggap saya sebagai seorang pelakon stereotype FATTAH AMIN PELAKON "Jika ada yang kurang senang dengan babak lakonan saya dalam drama terbaharu ini, percayalah ia hanya teknik kamera. "Saya akan berbincang dahulu dengan pengarah sebeum menjayakan babak-babak tertentu," jelasnya. Dalam pada itu, suami kepada pelakon Nur Fazura ini turut berkongsi tentang perancangan melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat. Fazura, Fattah dan anak mereka Nur Fatima Aisya Lagu berkonsep ketuhanan yang belum diberi tajuk ini dicipta oleh Wan Saleh dan lirinya ditulis oleh Ikhwan Fatana. "Lagu ini sebagai tanda saya meluahkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa. "Bukan hanya meluahkan rasa berterima kasih dengan rezeki kurnian Allah, malah saya harap menerusi lagu ini dapat berkongsi lebih banyak manfaat dengan ramai orang," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI