PERKONGSIAN video usahawan yang juga merupakan personaliti media sosial, Iddin Syah melakukan kerja amal dengan menghulurkan sumbangan di bazar Ramadan mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di media sosial. Dituduh menunjuk-nunjuk berbuat kebaikan, Iddin atau nama sebenar Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi berkata dia tidak menyangka tindakan mulia yang dilakukan itu menerima komen negatif netizen kerana niatnya hanya mahu berkongsi rezeki dengan orang lain. "Sebenarnya sebelum ini pun saya buat (derma) cuma tak tunjuk, kita buat sendiri-sendiri sahaja. Tapi bila tak buat orang mempersoalkan pula, jadi kita tunjuklah untuk beritahu kita pun ada beri sumbangan. ARTIKEL BERKAITAN: Kagum suara Vida, Aliff Syukri... Usahawan viral Iddin Syah tak nak kalah, pasang impian jadi penyanyi dan taja AJL ARTIKEL BERKAITAN: Berjaket tebal tengah panas sambil edar vitamin di SJR, usahawan rambut ala ‘oppa’ Korea beri penjelasan "Lagipun sekarang ini bulan Ramadan, tak salah saya kongsi rezeki dengan orang lain, mana la tahu dengan apa yang saya tunjuk itu mungkin boleh jadi contoh kepada orang lain. "Saya dah biasa kena kecam tapi bila baca komen yang kata bukan-bukan itu sedikit sebanyak membuatkan saya kecil hati sebab mereka seolah-olah tak beri sokongan atas apa yang saya buat,” katanya kepada mStar. Iddin tak layan komen negatif Menerusi TikTok, video Iddin menyerahkan sumbangan kepada 500 orang pengunjung bazar Ramadan di Kuala Ketil, Kedah, baru-baru ini menjadi tular di media sosial. Dalam rakaman itu, orang ramai dilihat beratur panjang bagi mendapatkan bantuan berupa beras, biskut dan senaskah al-Quran. Apa yang saya kongsi ini sekadar nak beri inspirasi kepada orang ramai terutamanya peniaga muda IDDIN SYAH USAHAWAN Bagaimanapun perkongsiannya ahli perniagaan berusia 27 tahun itu mengundang kecaman apabila ada yang menuduhnya menunjuk-nunjuk. Sementara itu, Iddin berkata tujuannya berkongsi rakaman video berkenaan adalah kerana mahu memberi inspirasi kepada masyarakat terutamanya usahawan muda. Iddin mahu ikut jejak langkah Aliff Syukri dan Vida, rancang tampil dengan lagu pertama. "Ini bukan kali pertama, tahun lalu saya viral sebab borong makanan peniaga bazar yang tak habis dijual... itu pun kena kecam! "Apa yang saya kongsi ini sekadar nak beri inspirasi kepada orang ramai terutamanya peniaga muda supaya mereka pun berminat nak hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. "Sekarang ini ramai orang susah, tak salah kita bantu-bantu. Lagi pun laman sosial saya banyak golongan muda, sekurang-kurangnya bila mereka tengok bolehlah jadi inspirasi nak membantu orang lain,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO INSTAGRAM INI! View this post on Instagram A post shared by Iddin Syah (@iddinsyah)