BERSYUKUR bergelar seorang bapa, penyanyi Syamel turut melahirkan rasa teruja untuk berkongsi ilmu bermanfaat dengan puteri sulungnya iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia dua bulan. Malah, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly menganggap kehidupannya dan isteri iaitu penyanyi Ernie Zakri lebih bermakna dengan kehadiran anak sulung mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 7 hari, Ernie dan Syamel umum nama anak Nur Khawla Soleha Biarpun sibuk menguruskan cahaya matanya, namun Syamel tetap sempat merakam lagu raya berjudul Erti Lebaran. Syamel sempat rakam lagu raya solo. "Syukur Alhamdulillah kerana pada tahun ini saya telah bergelar bapa, perasaan gembira dan teruja menyelubungi diri kerana tidak sabar hendak mengajarkan ilmu-ilmu bermanfaat buat Khawla. "Kini, kehidupan saya dan isteri lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung kami. Dalam kesibukan membesarkan anak, saya masih lagi berkesempatan untuk merakamkan lagu raya sulung secara solo. "Sejujurnya merakam lagu raya pada tahun ini suasananya memang sangat berbeza," kata Syamel. Lagu itu merupakan hasil ciptaannya bersama penyanyi Yuka Kharisma. Kini, kehidupan saya dan isteri lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung kami. SYAMEL PENYANYI Tempoh rakaman single Erti Lebaran hanya memakan masa selama sehari, manakala pembikinan video muziknya (MV) pula juga berlangsung seharian dengan konsep yang ringkas. Dalam pada itu, Syamel memberitahu lagu tersebut merupakan inspirasi dari karya lagu raya lama nyanyian Allahyarham Tan Sri S. M. Salim dan Datuk Jamal Abdillah. "Saya terinspirasi menghasilkan lagu ini dari karya-karya lagu raya lama nyanyian Tan Sri S. M. Salim dan Datuk Jamal Abdillah yang mengimbau kenangan lalu bersama orang tersayang. "Langkah yang saya ambil ini agak seimbang apabila artis lain muncul dengan konsep yang moden, manakala saya pula mengetengahkan kualiti bunyi lama dengan nilai sentimental yang cukup berharga," ujarnya. Syamel terinspirasi dengan karya lagu raya lama. Sementara itu, lagu tersebut juga terhasil disebabkan Syamel kehilangan orang tersayang iaitu ibunya pada tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata yang menjadi pengubat lukanya. "Pada tahun lepas umi telah pergi meninggalkan kami sekeluarga, sedih yang dirasai tidak tergambar peritnya, dengan kuasa Tuhan, pada tahun ini saya dan isteri dikurniakan Khawla yang menjadi pengubat luka. "Semoga lagu ini dapat mengubat rindu peminat yang setia menanti buah tangan terbaharu dari saya, dan saya juga berharap agar semua dapat menerima lagu ini dengan hati terbuka dan penuh kegembiraan," katanya. Untuk rekod, Syamel mendirikan rumah tangga dengan Ernie pada 22 Mac tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 22 Februari lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI