APA yang berlaku kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Qush yang mendakwa tidak mendapat surat perjanjian sememangnya sudah dijangka bekas PA yang juga usahawan Iqbal Zulkefli. Menurut Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, dia juga sebelum ini pernah bekerja bersama Vida dan ramai kakitangan lain tiada surat tawaran namun masih melakukan tugas mereka seperti biasa. “Tekaan saya 100 peratus tepat. Sebagai majikan juga, saya tidak suka DSV berjanji kosong RM10,000 kepada masyarakat di saat pandemik. Ramai yang berharap untuk bekerja ketika itu. ARTIKEL BERKAITAN: PA baharu dedah hanya berlakon! Ini respons Vida, tak sangka baru sebulan kerja dah bocor rahsia ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal tak sabar tengok drama Vida dengan PA baharu, sikit pun tak jealous! Tapi teringat dulu dapat gaji RM1,200 “Saya tidak hairan tiada surat perjanjian kerana sebelum ini pun semua staf elok sahaja bekerja tanpa surat tawaran. Gaji tetap diberi dengan baik namun tidaklah seperti yang dihebahkan. “Sudah pun saya sampaikan kepada DSV, kalau mahu selamat asah staf yang bertahun lama berkhidmat dan tahu membaca rentak,” ujarnya. Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda IQBAL ZULKEFLI PENYANYI Sebelum ini, Qush atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar mendedahkan hanya berlakon menjadi PA kepada usahawan itu dan tidak menerima sebarang surat tawaran kerja sejak bermula pada Februari lalu. Vida dalam kenyataan bersama mStar menganggap Qush sengaja mencari perhatian demi menaikkan jumlah pengikut di media sosial. Iqbal pernah bekerja dengan Vida dan hampir mendirikan rumah tangga bersama. Dalam pada itu, Iqbal melihat Vida sudah jauh tersasar dari landasan perniagaan dan menganggap anak-anak kepada usahawan itu penat melayan kerenah ibunya dengan cerita sebegini. “Kembalilah seperti dahulu. Gosip dengan saya sebelum ini sekurang-kurangnya dapat juga naikkan jualan berjuta-juta. Jangan leka, banyak lagi tanggungjawab penting. “Anak-anak pun penat melayan kerenah ibunya yang sering begini. Mereka yang sering jaga hati kononnya untuk kemajuan perniagaan,” jelasnya. Melihat konflik tersebut, Iqbal turut menasihatkan Qush supaya berani berdepan dan menghargai segala kebaikan yang pernah diberikan oleh Vida terhadapnya. “Kepada PA (Qush), jangan lari dari media kerana itu dianggap sombong. Media pernah mengangkat nama anda. Harus berani ke depan dengan jawapan terbaik. “Jangan lupa kebaikan DSV kepada anda. Saya dan beratus staf lain dahulu berkali ganda lagi cabaran. Berbaiklah selagi boleh,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI