suria

Tuah Adzmi nekad berhenti kerja kilang, mahu fokus kerjaya seni

Tuah berhenti kerja kilang.

DEMI memberi fokus kepada kerjaya seni selepas menyertai program Big Stage 2022 (BS22), Tuah Adzmi membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai pembantu stor di kilang mencetak al-Quran.

Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, dia bimbang tidak dapat memberi komitmen terhadap tanggungjawab itu jika terpaksa mengambil cuti untuk menerima tawaran persembahan atau terlibat program seni.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak duit simpanan habis, Tuah Adzmi jual kereta Mini Cooper buat modal berniaga... Tak sangka bisnes pun tak laku!

ARTIKEL BERKAITAN: Tuah Adzmi terasa hati ditegur tentang ‘pitching’, kesal kurang undian peminat - “Jangan marah saya tersingkir kalau tak undi“

“Untuk memberi fokus kepada kerjaya seni, saya tidak sambung bekerja di kilang kerana bimbang tidak dapat memberi komitmen jika ada program berkaitan dunia seni.

“Selepas BS22 ruang untuk saya dalam industri lebih besar. Peminat tidak hanya kenal lagu saya tetapi tahu mula kenal nama dan siapa saya yang sebenarnya.

“Saya juga akan ambil kelas latihan vokal untuk meningkatkan kualiti nyanyian. Sebelum saya tidak pernah berlatih secara formal,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Tuah mengaku namanya mula dikenali dan mendapat perhatian apabila video ditegur juri Mas Idayu ketika konsert minggu kedua tular dan mendapat reaksi pelbagai pihak.

Saya tahu pendapatan sebagai seorang artis tidak menentu. Jadi sejak awal lagi sudah ada perancangan sendiri agar ekonomi tidak terjejas

TUAH ADZMI

PENYANYI

Pada minggu tersebut Mas Idayu selaku juri pedas bertanyakan kepada Tuah maksud pitching selepas dia membuat persembahan lagu Luar Biasa nyanyian asal Ismail Izzani.

Tuah bagaimanapun ketika itu dilihat kurang berkeyakinan memberi jawapan sehingga dianggap tidak tahu makna sebenar perkataan yang diajukan Mas Idayu.

“Sebenarnya teguran itu membawa tuah buat saya kerana ia menjadi viral dan orang mula kenal siapa Tuah Adzmi.

“Mummy (Mas Idayu) ada menghubungi saya selepas BS22 dan menawarkan untuk memberi latihan vokal, namun kami masih belum berkesempatan untuk berjumpa,” jelasnya.

tuah

Teguran Mas Idayu buat nama Tuah semakin dikenali.

Sementara itu, sebagai penyanyi baharu, Tuah juga sedar pasang surut dalam dunia hiburan yang tidak boleh terlalu bergantung terhadap kerjaya nyanyian sebagai sumber pendapatan.

Justeru itu, dia sudah ada perancangan bagi mengelakkan berlaku masalah kesempitan wang.

“Saya tahu pendapatan sebagai seorang artis tidak menentu. Jadi sejak awal lagi sudah ada perancangan sendiri agar ekonomi tidak terjejas.

“Saya ada akaun Youtube sendiri yang telah pun menjana pendapatan sebelum ini. Jadi itulah yang akan saya teruskan supaya sentiasa ada sumber kewangan,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain