suria

Shuib ketepikan perasaan sedih, sambut raya demi anak-anak

Shuib sambut raya kali ini tanpa Sarah.

MENGURUSKAN persiapan raya untuk anak-anak tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib selepas pemergian isteri, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Kata Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, dia pernah terfikir untuk tidak menyambut raya kali ini kerana masih bersedih.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tak selera makan, Shuib hilang 9 kg... Sebak setiap kali teringat masakan arwah Siti Sarah

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tangisan Talita di kubur Siti Sarah buat ramai sebak, anak gadis Shuib tak dapat tahan air mata rindukan ibu

Namun memikirkan kegembiraan anak-anak, dia ketepikan kepentingan perasaan sendiri agar kemeriahan Syawal terus dinikmati.

“Kalau ikutkan fikiran jahat saya pernah terdetik tak mahu sambut raya tahun ini dan tak perlu membeli baju baharu untuk anak-anak.

“Namun tidak adil jika saya lebihkan perasaan sendiri. Saya kena pentingkan anak-anak kerana mereka gembira mahu sambut raya. Jadi saya akan tetap beli baju baharu untuk raikan mereka,” katanya kepada mStar.

Shuib kuatkan diri demi anak-anak.

Shuib ketepi perasaan sedih.

Menurut Shuib lagi anak-anak cukup memahami keadaan mereka yang sudah ketiadaan ibu dan perkara itu memudahkan Shuib untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya tidak sangka anak-anak kini boleh menjalani kehidupan sekarang dan faham situasi ketiadaan ibu tercinta di sisi.

“Malah anak-anak juga terbuka berborak tentang ibu mereka tanpa mengalirkan air mata. Kekuatan mereka itulah bantuan saya untuk terus mengharungi kesedihan,” jelasnya.

Anak-anak kini boleh menjalani kehidupan sekarang dan faham situasi ketiadaan ibu tercinta di sisi

SHUIB

PELAWAK

Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Allahyarham menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos yang diberi nama Ayash Affan.

shuib raya 2

Shuib mahu anak-anak gembira sambut raya.

Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Raya tahun ini Shuib membawa anak-anak pulang ke kampung di Perak untuk mereka menikmati suasana di sana.

“Anak-anak saya tidak mahu baju baharu atau duit raya. Mereka mahukan suasana meriah dan situasi itu hanya boleh dapat kalau pulang ke kampung.

“Mereka seronok melakukan aktiviti seperti menangkap ikan dan bermain bunga api,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain