suria

Haiza kongsi pengalaman peminat datang beraya tak balik-balik, terpaksa layan sampai lewat malam

Haiza bersederhana sambut raya.

EKONOMI yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sebelum ini menjadi peringatan buat penyanyi dan penyampai radio Haiza agar tidak berlebihan dalam berbelanja bagi melakukan persiapan menyambut raya.

Bagi Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 42, dia memilih untuk melakukan persiapan secara bersederhana kerana tempoh sekarang ini adalah masa terbaik untuk kembali memulihkan kewangan sendiri.

“Ekonomi sendiri pun baru nak bertambah baik selepas dua tahu kita melalui waktu sukar akibat pandemik. Jadi persiapan raya tahun ini saya lebih bersederhana sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu jadi pengganti artis tolak ‘show’ saat akhir, Haiza tetap syukur masih ada rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dah umur 9 tahun, Haiza tak tertekan ditanya tentang cahaya mata kedua

“Apa yang telah berlaku sebelum ini saya ambil sebagai satu pengajaran dan menjadi kesilapan besar jika masih tidak beringat dan mengambil iktibar

“Jika ada wang lebih eloklah simpan dahulu untuk kegunaan masa depan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Haiza berkata, dia sentiasa berpesan kepada anaknya iaitu Nur Iman Syafie, 10, supaya faham dengan situasi semasa yang berlaku.

Penyanyi lagu Dag Dig Dug ini tidak mahu mendidik anak berbelanja secara berlebihan dan hanya membeli mengikut keperluan sahaja.

Jika ada wang lebih eloklah simpan dahulu untuk kegunaan masa depan

HAIZA

PENYANYI/PENYAMPAI RADIO

“Sebagai ibu tidaklah semua permintaan anak saya akan tunaikan. Saya akan beri dia peringatan tentang situasi yang melanda kita semua sekarang ini supaya dia tidak terlalu meminta.

“Syukur walau baru berusia 10 tahun, anak saya sangat memahami dan dia sendiri tidak mahu pendemik seperti ini berulang kembali,” ujarnya.

Bercerita tentang kenangan menyambut Hari Raya Aidilfiri, Haiza berkongsi kisah lucu yang pernah dilalui sekitar tahun 1990-an dahulu di mana dia terpaksa melayan dua orang peminat yang duduk beraya di rumahnya terlalu lama.

haiza raya 1

Haiza bersama suami, Norhanaphe Omar dan anak mereka.

Walaupun menjadi kebiasaan orang Johor sepertinya pergi menziarah lewat malam, namun kenangan menerima tetamu tersebut tidak mungkin dia lupakan.

“Di Johor sudah menjadi kebiasaan buat kami pergi beraya ke rumah orang walaupun lewat malam.

“Tetapi ada dua orang peminat saya ini datang bermula dari petang dan tidak mahu pulang sehingga lewat malam. Terpaksalah saya melayan mereka kerana ketika itu saya pun tak tahu bagaimana nak bagi ‘hint’ suruh balik,” ceritanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain