PELAKON Idzham Ismail terpaksa berputih mata apabila kehilangan RM7,000 dalam akaun bank miliknya gara-gara perbuatan penggodam yang tidak diketahui. Menurut Idzham, 34, wang dalam akaun tersebut merupakan simpanan untuk tujuan kecemasan dan mula sedar kehilangan apabila mahu menggunakannya pada 30 April lalu. “Saya mula sedar duit hilang apabila mahu membuat pembayaran ketika berbuka puasa di sebuah restoran hujung Ramadan lalu. Tiba-tiba sahaja kad dari akaun tersebut tidak boleh digunakan. ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail timang anak lelaki - “Kali ini lebih mudah... saya dapat temankan isteri sepanjang proses kelahiran” ARTIKEL BERKAITAN: “Mula-mula ingat saja nak bermanja, rupa-rupanya...” - Idzham Ismail urut isteri setiap malam, buang angin sebelum tidur “Apabila saya hubungi pihak bank mereka maklumkan kad bank itu bukan milik saya. Kad itu saya punya tapi jarang digunakan kerana kami buat sebagai simpanan waktu kecemasan. “Selepas membuat laporan polis dan kepada pihak bank, barulah dapat tahu saya kehilangan hampir RM7,000 melalui pelbagai transaksi dalam masa satu hari,” katanya ketika dihubungi mStar. Terkejut dengan kejadian tersebut, Idzham bagaimanapun reda dan menyerahkan semuanya kepada pihak bank untuk siasatan lanjut dan tindakan seterusnya. Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali IDZHAM ISMAIL PELAKON Dalam masa sama, Idzham juga mengambil langkah selamat untuk menukar semua kata laluan perbankan secara atas talian miliknya. “Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. “Saya serahkan semuanya kepada pihak bank untuk tindakan lanjut. Memanglah mahu dapatkan kembali wang tersebut, tetapi tidak mahu meletakkan harap tinggi kerana banyak kes seumpama ini terjadi. “Pihak bank juga telah nasihatkan supaya kami sekat dahulu akuan tersebut dan saya sendiri telah tukar semua maklumat kata laluan untuk akaun perbankan lain,” jelasnya. Idzham bersama isteri, Siti Nur Abilah dan dua anak mereka. Walaupun bersedih dengan situasi ini, Idzham masih meraikan kemeriahan sambutan Hari Aidilfitri bersama keluarga. Baginya, apa yang terjadi adalah ketentuan Allah dan satu peringatan supaya mengambil langkah lebih berhati-hati. “Syukurlah masih ada duit simpanan lain untuk buat belanja hari raya. Walaupun sedih, raya kena sambut juga bersama keluarga yang lain. “Ini adalah jalan yang telah ditentukan Allah. Kalau ada rezeki saya pasti akan dapat semula duit itu nanti,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI