SEDIH dengan berita buang bayi di Malaysia, pelakon Dayana Roza menanamkan impian untuk membuka sebuah rumah perlindungan untuk wanita yang mengandungkan anak luar nikah. Menurut Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, dia juga mahu menjadikan rumah itu sebagai tempat selamat untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna. ARTIKEL BERKAITAN: Dayana Roza guna khidmat ‘maid’ berpengalaman jaga anak di rumah, tapi tetap pasang CCTV untuk keselamatan Biarpun berzina merupakan perbuatan yang salah namun Dayana berpendapat sebagai manusia tidak mempunyai hak untuk menjatuhkan hukum atau mengkritik orang lain. Perkongsian Dayana dan Iesya mengenai pembuangan bayi. "Satu hari nanti, kalau ada rezeki saya nak buka satu rumah perlindungan untuk wanita-wanita yang mengandung anak luar nikah dan jaga anak-anak luar nikah ini supaya mereka tak buang baby sebab malu dengan kecaman masyarakat. "Anak-anak ini semua boleh membesar dengan sempurna. Kat Malaysia ini, kalau hamil luar nikah dihina dan dibuang keluarga. Jadi mereka buang baby sebab takut tapi bila buang baby lagi la salah. "Memang berzina salah, hamil luar nikah salah, tapi zaman sekarang ini semua orang tak boleh lari dari kesilapan. Itu antara dia dan Allah. Kita manusia tiada hak untuk jatuh hukum," kata Dayana. Dayana berkongsi perkara itu menerusi laman Instastory miliknya dengan turut memuat naik perkongsian pengacara TV Iesya Toh di Instagram mengenai seorang bayi lelaki masih hidup ditemui dalam plastik hitam. Jadi, salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan. DAYANA ROZA PELAKON Menerusi perkongsian itu, Iesya memberitahu bayi tersebut dipercayai baru dilahirkan kurang 24 jam sebelum ditemui seorang lelaki pada pukul 9.24 malam, Jumaat lalu. Dalam pada itu, pelakon filem Marabahaya Underground ini beranggapan wanita yang mengambil keputusan untuk membuang anak mereka disebabkan bimbang dengan pandangan dan hinaan masyarakat. "Tak ada mak yang tak sayang anak. Mengandung bukan senang, rasa sayang kat anak itu dah ada bila dia dalam perut lagi. Tapi dia terpaksa buang sebab takut orang hina. Dayana bersama suami dan anak. "Jadi, salah mak atau orang-orang yang menghina? Renung-renungkan. Anak-anak itu statusnya hanya anak luar nikah, bukan anak haram macam kita Melayu selalu panggil. "Tak ada anak yang haram dan anak-anak itu tak minta dilahirkan macam itu. Semua tu dah tertulis oleh-Nya atas hikmah dan sebab tertentu. Mereka berhak untuk membesar seperti anak-anak lain," ujarnya. Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut berharap agar impian dan niatnya untuk menubuhkan sebuah pusat perlindungan wanita hamil anak luar nikah dimakbulkan Allah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI