BERKAHWIN dengan seorang pelakon popular Indonesia bukanlah satu beban besar buat aktor Iedil Putra apabila kehidupan sentiasa menjadi perhatian ramai. Menurut Iedil, dia dan isteri iaitu Prisia Nasution menjalani kehidupan suami isteri seperti biasa dan faham dengan tugas masing-masing sebagai anak seni. Tambahnya, dia juga bersyukur semakin diberi peluang untuk memulakan kerjaya lakonannya di negara seberang itu. “Jika lihat di sosial media, saya dan isteri adalah pasangan yang easy going dan tidak melihat status kami sebagai satu perkara besar. Kami menjalani hidup seperti biasa dan faham dengan kerja sebagai seorang pelakon. ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak beri tekanan kepada Iedil Putra untuk punyai zuriat selepas 3 tahun kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Iedil Putra, Prisia Nasution jelaskan belum sedia timang anak kerana terikat kontrak “Memulakan kerjaya di sana juga menjadi satu tarikan baharu buat saya dan banyak memberi pengalaman berbeza. Saya masih perlahan-lahan belajar tentang cara kerja produksi di sana terutamanya dari segi bahasa,” katanya kepada mStar. Iedil, 36, mendirikan rumah tangga dengan Prisia Nasution di Bogor, Indonesia pada 1 Jun 2016. Berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, bagi Iedil ia bukanlah satu perkara yang memenatkan sebaliknya lebih seronok kerana dapat selalu bertukar angin. Kalau bosan di Jakarta atau Kuala Lumpur kami boleh ke tempat lain untuk cari suasana baharu IEDIL PUTRA PELAKON “Kalau difikirkan tidaklah penat pun sebab penerbangan hanya memakan masa dua jam sahaja. Jadi kami boleh ulang-alik jika ada urusan kerja. Tidak ada masalah jika perlu kembali ke Kuala Lumpur. “Sebenarnya kami pasangan yang beruntung kerana ada dua rumah. Boleh bertukar-tukar angin. Kalau bosan di Jakarta atau Kuala Lumpur kami boleh ke tempat lain untuk cari suasana baharu,” jelasnya. Iedil ditemui ketika majlis tayangan filem The Assistant yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Iedil ditemani Prisia (kanan) bersama Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang turut membintangi The Assistant. Bercakap tentang filem ini, Iedil menganggap ia sebagai peluang untuk dirinya ‘lepas geram’ setelah sekian lama penonton tidak dapat pergi ke pawagam. Selain itu, menerusi filem arahan Andrian Teh ini juga Iedil sanggup membotakkan kepala demi menjayakan watak Zafik. “Saya amat berpuas hati kerana ini adalah hasil kerja keras dan semangat kami untuk menghasilkan satu karya yang berkualiti. Penonton juga boleh lepas geram apabila dapat menonton filem ini setelah sekian lama tidak ke pawagam. “Sebagai seorang pelakon saya bagaikan kanvas putih yang sedia diwarnakan dengan pelbagai watak pada bila-bila masa sahaja. Saya tidak kisah jika perlu botakkan kepala bagi menjayakan watak dalam filem ini,” ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI