suria

Penonton dah bijak, Hisyam Hamid tak perlu buka baju untuk ‘belanja’ babak tak penting!

Hisyam tolak babak keterlaluan.

DEMI menjayakan watak seorang bekas banduan dalam drama terbaharu berjudul Kerana Aku Isteri Bidaan, pelakon Hisyam Hamid sanggup menurunkan berat badan sehingga 8 kilogram

Kata Hisyam, 37, dia hanya mengambil makanan berat sehari sahaja sejak beberapa bulan lalu dan melakukan senaman supaya mendapatkan bentuk fizikal yang kurus.

"Saya melakukan persediaan untuk melakonkan watak ini kira-kira dua bulan sebelum memulakan penggambaran pada April lalu. Saya berjaya turunkan sebanyak 8 kilogram dari berat badan 83 kg sebelum itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hisyam Hamid tangguh hasrat balik Singapura meski sempadan negara sudah dibuka... Akui sukar berjauhan dengan keluarga

ARTIKEL BERKAITAN: “Tipu la kalau tak cemburu... dia juga wanita” - Hisyam Hamid bincang dengan isteri sebelum terima watak, padam mesej merepek

"Saya hanya ambil makanan berat sekali sahaja pada waktu tengah hari dan minum kopi atau makan roti pada sebelah malam. Berpuasa di bulan Ramadan sebelum ini juga membantu saya untuk turunkan berat badan.

"Bagaimanapun saya tidak mencadangkan amalan ini kepada orang ramai. Saya buat supaya nak dapatkan fizikal kurus supaya sesuai dengan watak seorang bekas banduan," katanya kepada mStar.

Hisyam ditemui ketika sidang media drama tersebut yang dijalan secara atas talian pada Khamis.

Penonton sekarang sudah bijak, jadi tak perlu nak 'belanja' jika babak tersebut tidak perlu dalam sesebuah drama

HISYAM HAMID

PELAKON

Diberikan kepercayaan sebagai watak hero dan bergandingan dengan pelakon wanita lain, Hisyam ada cara tersendiri bagi memastikan isterinya tidak berasa cemburu.

"Kalau tanyakan kepada isteri mesti dia kata tidak cemburu kerana faham dengan kerja saya sebagai pelakon. Namun saya tahu jauh di sudut hati seorang wanita akan wujud perasaan itu apabila melihat suami bersama dengan wanita lain walau dalam drama.

"Saya perlu bijak buat 'damage control'. Kita tahu macam mana nak kawal keadaan dan pujuk isteri. Bergandingan dengan pelakon wanita juga bukanlah satu masalah sehingga menjadi isu besar dalam rumah tangga," jelasnya.

hisyam hamid 2

Hisyam tidak mahu persiakan kepercayaan isteri.

Untuk rekod, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006 dan pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden.

Sementara itu, Hisyam juga sentiasa meletakkan limitasi dalam lakonan supaya tidak melakukan babak yang keterlaluan seperti menayang tubuh badan.

Kata Hisyam penonton sekarang cukup bijak menilai kualiti sesebuah karya dan adegan sebegitu tidak perlu untuk tujuan mempromosikan drama.

"Semestinya saya akan berbincang dengan pengarah jika ada babak yang tidak bersesuaian seperti membuka baju.

"Penonton sekarang sudah bijak, jadi tak perlu nak 'belanja' jika babak tersebut tidak perlu dalam sesebuah drama," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain