suria

Berkat hari Jumaat, Anzalna selamat bersalin anak kedua

Alhamdulillah Anzalna selamat bersalin pada Jumaat.

BERKAT hari Jumaat, pelakon Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dikongsikan suaminya Hanif Zaki menerusi Instagram dengan menzahirkan rasa syukur urusan itu dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir hamil lapan bulan, bakal timang cahaya mata kedua pada Syawal

“Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini.

“Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way,” ujarnya.

Zaki turut memuat naik foto Anzalna dan bayi keduanya sejurus selepas selamat dilahirkan.

Hari ini sepatutnya terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way

HANIF ZAKI

SUAMI ANZALNA

Terdahulu, Anzalna menerusi Instastory meminta orang ramai memaafkan dirinya jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan.

"Kita hanya merancang Allah yang menentukan segalanya. Minta maaf sekiranya ada buat silap. Doakan Anfallna dan baby dipermudahkan segalanya. Amin," ujarnya.

Pada 3 April lalu, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir, 34, mendedahkan dirinya hamil lapan bulan anak kedua dan bakal bersalin pada Syawal.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016 dan pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain