SUDAH lali dengan tanggapan terlalu ‘mat salih’, pelakon Anna Jobling berkata pada awalnya dia menerima banyak tawaran menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Kata Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia berharap diberikan lebih banyak peluang membawakan watak menggunakan bahasa Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan digelar mat salih, Anna Jobling bangga mengaku orang Melaka "Sejak kecil lagi, saya sering diberitahu 'you're too white' apabila menjayakan komersial TV. Sebelum ini pun, saya akui memang tak pandai langsung cakap bahasa Melayu. Saya tidak kisah kalau naik secara perlahan tapi konsisten. ANNA JOBLING PELAKON "Tapi sekarang bukan isu pasal saya terlalu 'mat salih' atau tidak. Asalkan boleh membawa watak dengan baik, itu lebih penting. Awal dulu, banyak karakter yang memerlukan saya bercakap bahasa Inggeris sepenuhnya. "Tapi sekarang saya memang nak sangat watak yang betul-betul Melayu dan skrip sepenuhnya Melayu. Kalau ada skrip Inggeris pun, biarlah sedikit saja, saya okay," katanya kepada mStar. Anna ditemui pada sidang media maya drama lakonan terbarunya bergandingan dengan aktor Meerqeen berjudul Melur Untuk Firdaus baru-baru ini. Anna tidak mahu cipta kontroversi. Diarahkan Zamri Zakaria, drama adaptasi daripada novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta itu akan mula ditayangkan pada 27 Mei, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam. Dalam pada itu, pelakon berusia 21 tahun ini turut menegaskan dia enggan mencipta sesuatu kontroversi demi menaikkan namanya. Malah, pelakon kacukan Inggeris-Melayu ini lebih gemar aktiviti kerjaya seninya menjadi bualan tanpa sebarang kontroversi tidak elok. "Saya tidak kisah kalau naik secara perlahan tapi konsisten. Saya tak nak naik secara mendadak hanya kerana kontroversi tapi selepas itu jatuh menjunam sekelip mata," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI