suria

Bimbang lakonan tak seberapa, Khai Bahar tidak letak harga tinggi... Sedar diri belum layak jadi hero

Khai tidak letak harga tinggi kerana sedar kurang pengalaman sebagai pelakon.

MEMPUNYAI jumlah pengikut yang ramai di media sosial serta kerjaya nyanyian yang stabil bukan alasan Khai Bahar untuk meletakkan harga tinggi terhadap tawaran lakonan yang diterima.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 28, pengalaman sebagai pelakon masih sedikit dan dia tidak layak untuk meminta harga seperti pelakon yang sudah berpengalaman.

"Harga yang saya minta tidak tinggi... bersesuai dengan bebanan kerja seperti jumlah episod. Saya bukanlah asal seorang pelakon yang boleh terlalu demand tentang harga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya belum stabil, Khai Bahar letak sasaran bercinta umur 30 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Lia Aziz mengaku dilamun cinta, tak tumpang populariti Khai Bahar

"Saya masih belajar lagi, tidak banyak pengalaman berlakon jadi tidak sepatutnya nak letakkan harga terlalu tinggi.

"Takut juga jika minta harga tinggi tetapi hasilnya tidak seberapa," katanya kepada mStar.

Khai sebelum ini pernah tampil dalam tiga buah drama iaitu Satukan Rasa, Kisah Cinta Rumi dan Shakira.

Takut juga jika minta harga tinggi tetapi hasilnya tidak seberapa

KHAI BAHAR

PENYANYI

Meskipun masih baharu, Khai telah diberi kepercayaan untuk menggalas watak utama dan lakonannya semakin mendapat perhatian sehingga menerima banyak tawaran lain.

Bagaimanapun menurut Khai, dia masih banyak kekurangan dalam dunia lakonan dan malu untuk melihat hasil kerja sendiri.

"Sebenarnya saya malu melihat lakonan sendiri kerana dapat rasakan belum layak menjadi hero. Masih banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki.

khai bahar 1

Khai tolak tawaran berlakon tahun ini untuk beri fokus pada album.

"Memang banyak terima tawaran berlakon, tetapi tahun ini saya harus beri fokus dahulu terhadap kerjaya nyanyian kerana dalam perancangan untuk menyiapkan album serta sebuah lagu duet lain," ujarnya.

Bercakap tentang kerjaya nyanyian pula, kata Khai dia banyak menerima tawaran untuk merakamkan lagu sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran.

Khai baru sahaja melancarkan single duet bersama Lia Aziz berjudul Kaulah Syurgaku.

"Kalau nak terima tawaran lagu baharu, rasanya hari-hari saya kena masuk studio rakam lagu baharu. Jadi ada masa kena tolak juga beberapa tawaran. Saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pilihan.

"Untuk lagu baharu ini saya senang berduet dengan Lia kerana dia mempunyai latar belakang dalam muzik dan saya dapat belajar sesuatu daripada dia," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain