suria

Wanita ‘mulut celupar’ minta Almy Nadia berhenti makan... Anggap individu hina bentuk badannya kurang kasih sayang

Almy doakan yang baik-baik untuk individu kutuk fizikalnya.

BUKAN sekali tapi sudah beberapa kali pelakon Datin Almy Nadia menerima komen hinaan daripada netizen yang menyentuh mengenai bentuk badannya.

Menerusi laman Instagram miliknya, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah memuat naik komen seorang individu yang mengutuk fizikalnya serta melakukan body shaming.

ARTIKEL BERKAITAN: Almy Nadia stres digelar pelahap, tak habis-habis kaitkan dengan keguguran - “Tunggu aku bawa kau makan kat balai!”

Dalam perkongsian dimuat naik pada Isnin, netizen berkenaan mempersoalkan tindakan aktres itu mempromosikan makanan tambahan untuk mengurangkan berat sedangkan badannya berisi.

Almy Nadia

Almy kongsi paparan skrin komen individu tersebut.

Malah isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz itu juga berkongsi paparan skrin gambar akaun Instagram individu tersebut yang merupakan seorang wanita.

"Sis, tolong berhenti senaman otot rahang awak. Tolong berhenti makan sis. Badan kau sendiri gemuk kenapa nak promosi weight loss untuk followers kau?

"Sis, tak malu ke badan macam itu lagi nak upload video tengah makan," komen individu itu.

Rata-rata netizen menganggap individu tersebut sengaja ingin meraih perhatian dan meminta aktres itu agar membuat laporan polis atas kesalahan melakukan buli siber.

Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia dan akhirat.

ALMY NADIA

PELAKON

Menjawab komen hinaan itu, pelakon berusia 36 tahun ini tetap tenang dan mengajak orang ramai mendoakan agar individu tersebut diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Tidak kecil hati dengan kritikan berkenaan, Almy berkata pemilik akaun Instagram itu kemungkinan tidak mendapat kasih sayang yang cukup selain menjalani kehidupan yang menyedihkan.

"Posting ni mungkin sekejap saja, lepas itu kita padam. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia dan akhirat.

"Semoga pemilik IG ini dapat reda dengan apa yang dia lalui. Mungkin zaman makin moden, pemilik IG ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat.

Almy Nadia

Almy bersama suaminya, Fizz Fairuz.

"Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia dan akhirat... minta semua doa yang baik-baik, tolong. Saya tak kisah tahu... saya sangat-sangat okay saja," ujarnya.

Sebelum ini Almy yang kerap membuat ulasan makanan di laman sosial meluahkan rasa sedih apabila menerima kata-kata kesat daripada beberapa individu di laman sosial.

Sehinggakan ada mengaitkan keguguran yang dialami ketika itu berpunca pengambilan makanan untuk ulasan di media sosial.

Untuk rekod, Almy pernah alami keguguran ketika usia kandungannya 14 minggu pada Februari 2020.

Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain