suria

Shima Anuar kena ‘sound’ dengan netizen gara-gara biarkan anak cakap bahasa Inggeris

Netizen tegur Shima gemar menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak.

PERKONGSIAN video di Instagram memperlihatkan pelakon Shima Anuar bertutur dengan anak perempuannya dalam bahasa Inggeris mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Menerusi paparan skrin yang dimuat naik, Shima menunjukkan mesej netizen yang mempertikaikan tindakannya menggunakan bahasa Inggeris untuk bercakap dengan anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil luar rahim, Shima Anuar hilang banyak darah selepas pembedahan gugur kandungan

Menurut Individu itu lagi, ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak untuk berbicara dalam bahasa Melayu.

Shima Anuar

Shima kongsi paparan skrin mesej netizen.

"Kenapa mak ayah sekarang suka cakap orang putih dengan anak-anak dia orang. Kenapa tak cakap Melayu, bahasa Malaysia?" soal individu tersebut.

Menjawab persoalan netizen itu, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar memberitahu dia mahu anaknya menguasai pelbagai bahasa bukan tertumpu pada satu bahasa sahaja.

Biarpun petah berbahasa Inggeris, namun pelakon berusia 31 tahun ini tetap berbangga anak perempuannya iaitu Marian Sophia, 3, masih fasih bercakap dan memahami bahasa Melayu.

Kalau saya boleh bercakap daIam bahasa Cina dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.

SHIMA ANUAR

PELAKON

Malah, pelakon drama siri SuamiKu Lelaki Pendosa ini juga memberitahu dia ingin mengajar anak-anaknya bercakap dalam bahasa Cina dan Tamil.

"Nak bagi anak kuasai pelbagai bahasa. Senang untuk mereka bila besar nanti. Kalau saya boleh bercakap daIam bahasa Cina dan Tamil, saya juga akan ajar mereka bahasa itu.

"Alhamdulillah anak-anak saya fasih bercakap dan faham bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bukan hanya bahasa Inggeris semata-mata.

Shima Anuar

Shima bersama suami dan dua anak mereka.

"Kalau boleh belajar banyak, kenapa nak belajar satu saja?" kata Shima.

Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha pada 8 April 2017.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Imaan yang kini berusia dua tahun.

Pada Februari lalu, Shima berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia sedang hamil anak ketiga namun dia terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim pada awal Mac lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain