MASIH dirawat di Hospital Sungai Buloh, suami kepada aktres Jasmin Hamid iaitu Nazmir Abdul Rahim menegaskan isterinya mengalami serangan jantung bukan disebabkan virus Covid-19. Menurut Nazmir yang juga pengurus kepada Jasmin, doktor memaklumkan salah satu faktor serangan jantung itu disebabkan kadar kolestrol dalam badan isterinya tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid minta netizen jaga adab, tersinggung baca komen macam ibu dan anak... Sudah rezeki bersuami muda ARTIKEL BERKAITAN: Jasmin Hamid masuk CCU akibat serangan jantung "Saya nak tegaskan yang Jasmin kena serangan jantung, tak ada kena mengena dengan Covid-19. Nazmir sahkan Jasmin hanya alami serangan jantung bukan disebabkan Covid. "Memang dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh, tapi bukan sebagai pesakit Covid-19... dia menerima rawatan untuk masalah jantung yang dihadapi. Ini kali pertama Jasmin kena serangan jantung. "Mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya kadar kolestrol dalam badannya tinggi. Sekali lagi saya tegaskan, bukan sebab Covid," katanya kepada mStar. Pada Rabu, Nazmir memuat naik status di Instagram memberitahu isterinya sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serangan jantung. Saya bersyukur sebab dapat tahu awal masalah jantung yang isteri alami. NAZMIR ABDUL RAHIM SUAMI JASMIN HAMID Menerusi perkongsian itu, dimaklumkan bahawa tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung. Dalam pada itu, Nazmir berkongsi detik cemas ketika isterinya mengadu sakit dada dan kedua-dua lengan serta dagu menjadi kebas sekitar pukul 3 pagi, Rabu. Bagaimanapun, Nazmir tetap bersyukur kerana penyakit itu dapat dikesan awal dan menerima rawatan yang sepatutnya. Foto Jasmin bersama anak lelaki dan suaminya. "Isteri saya diserang sakit jantung sekitar pukul 3 pagi, Rabu. Masa itu, dia mengadu dada rasa sempit, kedua-dua lengan tangan rasa kebas dan dagu pun rasa kebas. "Jadi, saya terus bawa ke klinik untuk jalani pemeriksaan dan doktor rujuk ke hospital untuk rawatan sakit jantung. Alhamdulillah keadaan dia dah nampak okay walaupun masih lemah. "Saya bersyukur sebab dapat tahu awal masalah jantung yang isteri alami," ujarnya. Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI