suria

Da’i Syed mula buka mata, kenal kawan sebenar ketika diuji tuduhan jenayah seksual

Da'i Syed berasa lega apabila dia sudah bebas dari dua pertuduhan jenayah seksual.

DUA tahun turun naik mahkamah, akhirnya pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal dapat tidur dengan lena apabila dilepas dan dibebaskan (DNA) dari dua pertuduhan jenayah seksual.

Menganggap dirinya diuji, Syed Shah Iqmal atau dikenali sebagai Da’i Syed, turut memberitahu dia sudah pun memaafkan semua pihak yang melemparkan tohmahan kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Da’i Syed bebas tuduhan jenayah seksual... Pengadu alami kemurungan, beberapa kali cederakan diri

"Alhamdulillah, yang paling penting saya rasa bersyukur... keluarga pun turut berasa lega. Akhirnya saya dapat tidur dengan lena.

"Sepanjang tempoh perbicaraan, saya tak pernah nak beri komen apa-apa sebab serahkan semuanya kepada mahkamah. Alhamdulillah, mahkamah sudah pun berikan keputusan.

dai syedDa'i Syed dilepas dan dibebaskan (DNA) dari dua pertuduhan jenayah seksual. Foto: BERNAMA.

"Bagi saya, Allah dah beri saya ujian dan saya dilepaskan. Saya pun sudah maafkan semua orang yang pernah lemparkan tomohan dan cacian kepada saya dan keluarga," katanya kepada mStar.

Pada Selasa Mahkamah Sesyen Petaling Jaya memutuskan bahawa Syed Shah Iqmal dilepas dan dibebaskan (DNA) atas pertuduhan mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, 27, agar anak guamnya dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan itu.

Saya lalui waktu yang sukar dan ketika itu saya dapat lihat siapa kawan sebenar.

DA'I SYED

PENDAKWAH SELEBRITI

Peguam Syed Amirul ketika berhujah berkata, pengadu dilihat tidak lagi berminat meneruskan kes tersebut apabila memberi alasan mengalami kemurungan dan berada dalam keadaan tidak baik untuk memberi keterangan.

Untuk rekod, Syed Shah Iqmal atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail berdepan dengan dua pertuduhan itu sejak Oktober 2020.

Syed Iqmal

Da'i Syed lebih hargai masa.

Dalam pada itu, Syed Shah Iqmal memberitahu banyak pengajaran dan hikmah di sebalik apa yang berlaku antaranya dia mengenali erti persahabatan dan menghargai masa.

"Banyak pengajaran dan hikmah yang saya dapat di sebalik apa yang berlaku. Saya mengenal erti persahabatan. Saya lalui waktu yang sukar dan ketika itu saya dapat lihat siapa kawan sebenar.

"Masa saya tengah down... jatuh, siapa yang sudi sambut tangan saya. Tapi ada juga kawan yang menambah garam dalam luka.

"Selain itu, saya juga belajar erti menghargai masa. Sekarang ini, saya lebih meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain