SAYU... sebuah video yang dikongsi balu Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah Mohd Ali mengundang simpati netizen apabila dia meluahkan rasa sedih melihat kereta yang pernah dimiliki oleh mereka di jalan raya. Menerusi perkongsian di laman TikTok miliknya, Hidayah memberitahu kereta jenis Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan selepas ia dibeli oleh orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Balu Abam dedah kereta ditarik, tidak dapat harta peninggalan... Aliff Syukri dituduh punca pecah belah! ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ali Puteh lalui hidup sukar tiada ‘job’... Sedia berdamai dengan Nor Hidayah "Hanya tinggal kenangan kereta arwah suami. Bila Hamzah dah besar nanti, inilah kereta ayah. "Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya," ujar Hidayah. View this post on Instagram A post shared by @abam_bocik Meninjau ruangan komen ramai dalam kalangan netizen yang turut simpati dan sedih dengan perkongsian itu. Dalam masa sama, ada juga yang mengutuk tindakan adik kepada Abam iaitu Ali Puteh yang sebelum ini dikatakan menuntut hak kereta tersebut sebelum menjualnya. Ayah pernah cakap kereta ini untuk keselesaan anaknya NOR HIDAYAH MOHD ALI "Insya Allah ada rezeki, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga. "Hidayah kuat, pasti berjaya. Saya sokong Hidayah dari belakang. "Susah juga kalau ada waris tamak. "Sedih zaman sekarang tak tahu apa fungsi faraid dalam Islam. Harta yang diambil itu sepatutnya diamanahkan untuk menjaga anak yatim," tulis netizen. Abam dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata Syed Uthman Hamzah Al Juffrey yang kini berusia dua tahun. Ali (kiri) dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000 kepada Hidayah. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas pada usia 32 tahun. Selepas kematian Abam, timbul perbalahan antara Hidayah dan Ali berkaitan tuntutan faraid. Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. Menerusi laporan mStar pada 1 Januari lalu, Ali meminta Hidayah bersemuka dengannya bagi menyelesaikan isu faraid. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI