PELAKON dan penerbit terkenal Datuk Ziela Jalil berkongsi dirinya selesai menjalani pembedahan pintasan usus (bariatrik) di sebuah pusat perubatan pada hujung Mei lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial miliknya, Ziela atau nama penuhnya Norzilah Abdul Jalil menjalani prosedur tersebut bagi meningkatkan lagi tahap kesihatannya. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kerap diserang gastrik hingga sukar bernafas, Ziana Zain akhirnya selamat jalani pembedahan bariatrik "Inilah hasil daripada pembedahan saya pada 31 Mei lalu. Selepas pembedahan saya juga melakukan follow up untuk memastikan semua simptom berkurangan. "Sehari selepas pembedahan saya rasa sangat baik dan boleh berjalan dengan mudah," katanya. Saya sangat gembira diberi peluang untuk menambah baik tahap kesihatan DATUK ZIELA JALIL PELAKON/PENERBIT Menerusi video yang dikongsi di laman Instagram miliknya itu, Ziela dilihat menggunakan khidmat doktor sama yang merawat penyanyi Datuk Aishah dan Ziana Zain sebelum ini iaitu Dr Mustafa Mohammad Taher. Dalam tempoh sepuluh hari selepas pembedahan itu, Ziela juga mengikut nasihat doktor tersebut mengamalkan diet bagi proses pemulihan. "Saya sudah mula makan makanan lembut yang mengandungi protein tinggi. Rejim diet yang diberikan oleh doktor adalah untuk membantu proses pemulihan selepas pembedahan. Ziela bersama Dr Mustapha yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut. "Saya sangat gembira diberi peluang untuk menambah baik tahap kesihatan," jelasnya. Sementara itu, Ziela turut berkongsi tahap kolestrol badannya tinggi ketika menjalani pemeriksaan sebelum prosedur pembedahan. "Bayangkan bacaan kolestrol saya adalah 10. Kalau bukan kerana pembedahan ini saya tidak akan melakukan pemeriksaan kesihatan. Semua masalah ini disebabkan sindrom metabolik," ujarnya. View this post on Instagram A post shared by Ziela Jalil (@zielajalil) Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI