suria

Amir U.Ks bimbang suara terjejas, dapat tahu tekak luka sebelum naik pentas ‘Konsert U.K's Reunion 25 Tahun’

U.K's mempersembahankan hampir kesemua lagu hits mereka.

TERBUAI dan imbau kenangan... Itu yang boleh digambarkan selepas menonton Konsert U.K’S Reunion 25 Tahun yang berlangsung pada malam Jumaat.

Bukan sahaja penulis, malah kira-kira lebih 1,000 penonton yang memenuhi dewan Panggung Sari, Istana Budaya berpuas hati dan terhibur selama tiga jam persembahan.

U.K’s mempersembahkan hampir kesemua lagu-lagu hits mereka yang mengimbau semula memori nostalgia.

Konsert bermula sekitar pukul 8.45 malam dengan segmen pertama mempersembahkan lagu Kau Satu-Satunya, medley (Kembali Mencari, Membara, Berkat Kasihmu) dan Di Luar Kemampuanku.

U.K'S

Persembahan U.K's yang mengimbau semula nostalgia.

Selain itu, Rondo Cinta Buta, Cintaku, Berkat Kasihmu, Rhythm Si Jantung Hati, Kekasihku Di Menara, Pahit Akan Manis Akhirnya, medley (Untuk Apa, Balada Ani).

Lagu-lagu untuk segmen kedua pula Seksa, Sesak, medley (Kekasihku, Sebak, Gemak Kasih Sepanjang Usia) dan Kita Sama Sahaja (duet bersama Saari Amri).

Persembahan diteruskan dengan lagu medley (Terasa, Tergamak Kau, Bila Diri Disayangi), medley (Nafas Orang Kota, Prosarasa), medley (Satu Lilin Sehening Malam, Sudah Tiada Tunasnya), Kita Akan Dijemput dan Siapa Yang Rampas Cintamu.

Konsert U.K’s sepatutnya berakhir dengan lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu namun atas permintaan dan sorakan peminat, kumpulan itu memilih untuk menyampaikan lagu terakhir berjudul Benar-Benar Sungguh-Sungguh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian ‘live’ Amy Search dikecam, Amir Ukays akui faktor usia jadi punca... Umur lanjut, terpaksa turun ‘key’

Sebenarnya kami bukan tamat pada malam ini tapi akan lebarkan sayap ke Indonesia dan Singapura.

AMIR

VOKALIS U.K'S

Sementara itu, vokalis U.K’s iaitu Amir yang ditemui pada sidang media selepas konsert berakhir mendedahkan tekaknya mengalami luka gara-gara terlalu banyak berlatih.

Tambahnya, dia terpaksa meminta doktor untuk datang ke Istana Budaya sebelum persembahan bagi memeriksa keadaan tekaknya.

"Sebelum mula persembahan doktor ada datang untuk periksa tekak saya. Mereka masuk kamera dari hidung untuk tengok keadaan tekak.

"Nak tengok adakah berlaku bengkak, atau ada luka memandangkan saya dah berlatih di Istana Budaya hampir empat jam setiap hari. Saya risau dan takut ada bengkak, akan menganggu vokal.

"Bila masuk kamera, ada sikit saja luka. Memang saya berdebar... kerisauan saya adalah suara serak, akan ganggu vokal. Saya perlu ada rehat yang secukupnya," katanya kepada mStar.

Konsert U.K's Reunion 25 Tahun berlangsung selama dua malam iaitu pada 17 dan 18 Jun di Istana Budaya.

U.K's

Doktor memeriksa keadaan tekak Amir sebelum persembahan.

Dalam pada itu, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusof memberitahu U.K’s mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert di Indonesia dan Singapura

"Sebenarnya kami bukan tamat pada malam ini tapi akan lebarkan sayap ke Indonesia dan Singapura. Dengan sokongan yang kami harapkan agar selepas ni hajat di hati terlaksana.

"Satu yang amat mencabar ya, kami berlatih setiap hari daripada bulan Disember 2021 sebaik sahaja dapat tahu akan adakan konsert di Istana Budaya.

"Tak terucap, sambutan peminat yang masih hafal lagu U.K’s, malah saya rasa lirik lagu melekat di hati peminat semua. Saya tak sangka lagu-lagu U.K’s boleh melekat lebih 20 tahun," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain