MEMEGANG watak sebagai pemain boling negara iaitu Shalin Zulkifli dalam drama Ratu Ten Pin 2: Shalin, pelakon Jasmine Suraya Chin mengakui berdepan dengan pelbagai cabaran menjayakan peranan tersebut. Menurut Jasmine, 32, kesusahan dan kepayahannya untuk membawa watak Shalin yang penuh emosi dalam drama tersebut akan sentiasa terpahat dalam ingatannya. "Bukan mudah nak bawa watak Shalin... saya memang takkan lupa kesusahan dan kepayahan nak bawa watak itu. Antara cabaran bila shoot babak Shalin dengan kawan dan keluarga. Watak Shalin mencabar Jasmine. "Sebab selama ini, kita hanya tengok Shalin secara luaran, tak tahu macam mana dia dengan kawan-kawan dan ibu bapanya... memang sisi Shalin yang berbeza. "Susah juga saya nak kena ikut gerak-geri dan cara percakapannya. Cerita ini pun bukan hanya tentang bowling, tapi segala emosi. Bila baca skrip, banyak juga babak perlu menangis. ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya akui malu tengok semula aksi ranjang... Fikir dua kali sebelum terima tawaran Bagi saya, watak Shalin ini memang paling susah saya pernah bawa. JASMINE SURAYA CHIN PELAKON "Saya tanya Shalin, memang banyak ke dia menangis. Shalin kata dia akan menangis setiap kali kalah," katanya kepada mStar. Jasmine berkata demikian ketika berkongsi pengalamannya menjayakan drama Ratu Ten Pin 2: Shalin bersama media secara maya pada Isnin. Drama 20 episod itu akan ditayangkan di Astro Ria bermula 11 Julai depan, pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam. Dalam pada itu, Jasmine mendedahkan turut mengalami keletihan mental (mentally drained) selama tiga bulan selepas tamat penggambaran drama tersebut. Jasmine akui terbawa-bawa watak Shalin di luar set. "Menganggap watak itu paling sukar, pelakon filem Paskal itu juga memberitahu sehingga kini dia masih terbawa-bawa cara duduk dan berjalan Shalin. "Bagi saya, watak Shalin ini memang paling susah saya pernah bawa. Sampaikan selepas habis shooting, tiga bulan saya tak boleh ambil projek lain. "Sebab mentally drained... saya terlalu penat. Malah, kadang-kadang saya terbawa-bawa watak Shalin di luar set. Saya pakai baju macam dia. "Malah, sampai sekarang, adakalanya saya duduk dan berjalan sepertinya," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI