BAGAIKAN merasai satu keajaiban... Itu yang digambarkan oleh pelakon Raja Ilya yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Australia pada Jumaat. Ilya atau Raja Ramilah Begum Raha Mohammad, 37, turut mendedahkan bayi perempuannya itu diberi nama Talita Love. Ilya dan suami teruja sambut kelahiran anak mereka. "Syukur bayi perempuan kami selamat dilahirkan. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love," katanya. Ilya turut memberitahu dia bagaikan tidak percaya dirinya kini sudah bergelar ibu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. ARTIKEL BERKAITAN: Raja Ilya mahu cuba kaedah bersalin dalam air ARTIKEL BERKAITAN: Sarat mengandung anak pertama, Raja Ilya tak larat sedia banyak hidangan raya Pelakon itu yang menetap di Perth, Australia bersama suami, Trent Garret yang dikahwininya pada 2018 turut memberitahu tidak sabar untuk membawa pulang bayi mereka ke Malaysia tahun hadapan. “Saya menangis menyambut kelahiran anak kami. Masih rasa terkejut bergelar ibu. Saya merasai satu keajaiban, detik magis melahirkan Talita Love RAJA ILYA PELAKON “Tidak sabar rasanya hendak balik Malaysia bersama bayi kami tahun hadapan,” ujarnya yang turut membuka akaun Instagram untuk anaknya itu. Dalam temu bual sebelum ini, Ilya memberitahu dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kemudian mendapat tahu dirinya hamil. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI