suria

Bahagia bercinta dengan pemain bola sepak dari Brazil, Yazmin Aziz disangka wanita Latin

Yazmin dan Nixon saling menyokong kerjaya antara satu sama lain.

BERMULA dengan perbualan di media sosial sebelum dipertemukan oleh rakan-rakan terdekat, penyanyi Yazmin Aziz akui kini sedang bahagia bercinta dengan pemain bola sepak pasukan The Red Warrior, Nixon Guylherme.

Mudah mencari persamaan antara satu sama lain membuatkan Yazmin terbuka hati menerima lelaki itu sebagai kekasih walau pada awalnya Nixon seolah malu-malu untuk meluahkan cinta.

Yazmin, 20, memberitahu, dia sendiri tidak menyangka Nixon akan jatuh hati kepadanya memandangkan ini adalah hubungan pertama lelaki itu dengan seorang gadis Asia.

yazmin 1

Yazmin terbuka berkongsi gambar kekasih di sosial media.

“Kami mula kenal menerusi sosial media dan hanya berhubung di situ sahaja. Kemudian bulan lalu, rakan-rakan kami aturkan satu pertemuan secara mengejut di Kuala Lumpur.

“Mulanya memang dia malu tetapi rakan-rakan cuba untuk buat kami rapat. Mereka juga tahu kami memang suka antara satu sama lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi bersuara besar sukar diterima, Yazmin Aziz mahu serius jadi pelakon komedi

ARTIKEL BERKAITAN: Video berpelukan tarik perhatian, Yazmin Aziz anggap Danial Chuer individu penting dalam hidup

“Saya tak sangka dia boleh jatuh hati dengan saya kerana inilah pertama kali Nixon bercinta dengan gadis Asia. Tetapi awalnya dia ingatkan saya seorang wanita Latin,” katanya kepada mStar.

Terbuka berkongsi kisah mereka di media sosial, kata peserta Big Stage 2022 ini, ia adalah cara untuk mereka berdua lebih percaya antara satu sama lain.

Kami kongsi hubungan kami di media sosial untuk meyakinkan antara satu sama lain bahawa tiada apa untuk disembunyikan

YAZMIN AZIZ

PENYANYI

Dalam masa sama, hubungan ini juga turut mendapat restu ibu bapa mereka berdua dan Nixon adalah seorang lelaki yang sentiasa menyokong perkembangan kerjaya seni Yazmin.

“Kami kongsi hubungan kami di media sosial untuk meyakinkan antara satu sama lain bahawa tiada apa untuk disembunyikan. Selain itu ia juga atas permintaan rakan-rakan dan keluarga yang sering bertanya. Keluarga merestui hubungan kami.

“Nixon menyokong kerjaya seni saya dan dia juga meminati muzik. Dia ada katakan jika kakinya adalah nyawa dalam kerjaya, sama pentingnya suara dalam kerja saya,” ujarnya.

Meskipun berbeza agama dan asal kelahiran, Yazmin tidak menganggap itu satu cabaran besar untuk mencintai lelaki asal Brazil itu.

yazmin 3

Yazmin sedia berpindah ke luar negara jika kekasihnya bertukar pasukan.

Dia juga sedia untuk berpindah ke negara lain mengikut Nixon memandangkan kerjaya sebagai pemain bola sering bertukar pasukan.

“Nixon sebelum ini pernah tinggal di beberapa negara Islam, jadi dia mudah memahami dan menerima cara hidup kita di sini.

“Jika dia perlu berpindah, saya terbuka untuk ikut sama. Kami akan melakukan yang terbaik untuk hubungan kami,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain