SEMENJAK bertugas sebagai penyampai radio Suria FM, Anna Aljuffrey turut menjadi tempat luahan perasaan pendengar yang ada di antaranya berkongsi kisah peribadi mereka. Anna atau Syarifah Nur Farhana Syed Talib, 31, berkata, dia tidak kisah apabila menjadi tempat meluahkan perasaan malah mengibaratkan ia sebagai satu penghargaan dan mendapat kepercayaan pendengar. "Ada menghantar mesej menceritakan tentang kisah hidup mereka dan meluahkan perasaan mengenai pengalaman peribadi. Anna yang sesekali menggantikan DJ Lin mengendalikan segmen Suria Cinta pada hari Jumaat. "Jika berkesempatan memang saya akan balas semua mesej, tetapi disebabkan kesibukan dengan kerja, banyak mesej yang saya terlepas pandang," katanya kepada mStar. Namun kata Anna, sekiranya sempat membalas, biasanya dia akan berkongsi nasihat dan kata-kata positif berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pendengar setia Suria Cinta, Anna Aljuffrey tak sangka dapat jadi deejay Suria FM ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali hilang sabar dengan Shakilla Khoriri! Hidup jahanam selepas bercerai... Selama ini puas jaga aib Berkongsi tentang mesej yang diterima, Anna memberitahu kebanyakannya mereka berkongsi masalah kegagalan dalam percintaan dan rumah tangga. "Buat masa sekarang saya tidak pula menerima mesej berhubung orang ketiga dalam hubungan tetapi lebih kepada hubungan cinta dan masalah rumah tangga seperti suami tinggalkan isteri dan sebaliknya," katanya. Ada menghantar mesej menceritakan tentang kisah hidup mereka dan meluahkan perasaan mengenai pengalaman peribadi. ANNA ALJUFFREY PENYAMPAI RADIO SURIA FM Mengulas mengenai isu 'penyondol' yang hangat diperkatakan, Anna bagaimanapun enggan mengambil tahu tentang perkara itu kerana tidak tahu kisah sebenar. "Kita tidak tahu cerita sebenar termasuk situasi yang dialami mereka. Apa-apa pun kesetiaan adalah paling penting," ujarnya. Selain mengendalikan segmen Suria Pagi Show Bersama Anna J pada setiap Sabtu dan Ahad bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi, Anna juga pernah menggantikan DJ Lin menerusi segmen popularnya, Suria Cinta. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI