suria

Selepas jumpa 3 pakar, Zamani lebih yakin jalani rawatan tulang belakang... Sebelum ini takut sebab dengar cakap-cakap orang!

Sakit yang dihidapi Zamani menyebabkan dia sukar berdiri tegak.

PENYANYI Zamani memaklumkan dia sudah berjumpa dengan tiga orang pakar perubatan di sebuah pusat ortopedik di Kuala Lumpur bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut berhubung penyakit skoliosis yang dihidapi selama ini.

Kata Zamani, 51, dia tidak pernah berputus asa untuk kembali pulih dan kini lebih yakin untuk meneruskan rawatan selepas mendengar maklumat lanjut daripada barisan doktor tersebut.

"Saya telah pergi banyak tempat termasuk yang menawarkan rawatan tradisional. Namun belum jumpa yang betul-betul meyakinkan saya untuk meneruskan rawatan.

zamani 2

Zamani berkongsi masalah yang dihidapi dalam satu temubual bersama Sarimah.

"Sebelum ini saya rasa takut dengan diri sendiri sebab tidak mendapat input (maklumat) yang lengkap. Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan," katanya.

Zamani berkongsi perkara tersebut dalam satu temu bual bersama pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim yang dimuat naik menerusi laman Instagram.

Rakaman itu dikongsi selepas penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini melakukan pemeriksaan imbasan X-ray di pusat perubatan berkenaan.

Zamani yang mengalami sakit berkaitan tulang belakang sejak tahun 2015 itu turut meluahkan rasa bimbang jika rawatan yang diterimanya kelak boleh memberi kesan sampingan kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani perlukan dana rawat tulang belakang... Tibalah masanya peminat beri sokongan

ARTIKEL BERKAITAN: “Terima kasih setia dengan saya dalam keadaan straight atau bengkok” - Zamani pukau penonton Konsert Slam Mentari Muncul Lagi

Dalam masa sama, vokalis kumpulan Slam ini juga memberitahu keluarga menjadi kekuatan untuk dia mendapatkan rawatan supaya boleh menjalani kehidupan yang lebih baik.

"Sebelum ini ada yang kata jika buat pembedahan keadaan akan bertambah buruk sehingga boleh lumpuh dan terpaksa duduk atas kerusi roda. Apabila mendengar ayat-ayat seperti itu saya jadi takut.

Selepas mendengar nasihat dari tiga orang pakar saya mula yakin rawatan ini boleh dilakukan

ZAMANI

PENYANYI

"Keluarga adalah faktor utama yang membuatkan saya kuat dan mahu terus menerima rawatan. Saya sudah beristeri dan dengan keadaan kesihatan begini agak sukar menjalani kehidupan harian," jelasnya.

Dalam sesi tersebut, doktor turut memberi jaminan Zamani boleh melakukan pergerakan seperti biasa selepas dua minggu menjalani pembedahan.

Zamani bagaimanapun belum menetapkan waktu sesuai untuk dia menjalani pembedahan tersebut.

Dalam istilah perubatan, Skoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok sama ada ke sebelah kiri atau ke sebelah kanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain