BINTANG Amerika, Keshi muncul dengan jelajah sulungnya di Malaysia menerusi Hell/Heaven Tour. Jelajah tersebut akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur. Kemunculannya itu mengejutkan peminat di negara ini sehinggakan jualan tiket bagi kedua-dua persembahan tersebut telah habis dijual dalam masa beberapa minit sahaja. Casey Luong atau nama pentasnya, Keshi menyifatkan nama Hell/Heaven Tour ini dipilih khas untuk album terbaharunya berjudul GABRIEL. Keshi teruja untuk berjumpa dengan peminat di sekitar Asia. Penyanyi berumur 27 tahun ini memberitahu teruja untuk membuat persembahan di Asia dan berharap ia menjadi salah satu konsert yang tidak boleh dilupakan peminatnya. "Saya sangat teruja tetapi berasa sedikit gementar untuk mengadakan persembahan di Asia kelak namun saya menjanjikan ia akan memberikan persembahan luar biasa. ARTIKEL BERKAITAN: Teruja buat persembahan di Zepp Kuala Lumpur, Noh Salleh siap beli basikal mulakan senaman untuk stamina ARTIKEL BERKAITAN: Konsert tribute Ahmad Nawab selesai, Jamal Abdillah ralat... Apa puncanya? "Saya mahu peminat mengingati band yang saya bawakan ketika persembahan nanti kerana kumpulan tersebut sangat menakjubkan sehingga dapat menjadi salah satu konsert yang anda tidak dapat lupakan," ujarnya kepada mStar. Berkongsi pengalaman hidup, Keshi merupakan seorang bekas jururawat di sebuah pusat perubatan di Texas selama dua tahun sebelum menjadi penyanyi terkenal. Keshi menyatakan bahawa dia sering melalui kehidupan yang sangat teruk sewaktu bekerja dan minatnya terhadap muzik lebih mendalam demi meneruskan karier dalam industri muzik. Saya sangat teruja tetapi berasa sedikit gementar untuk mengadakan persembahan di jelajah Asia KESHI PENYANYI Dalam pada itu, Keshi juga berkongsi keterujaannya mendapat sokongan yang hebat daripada peminat di setiap konsert jelajahnya. "Mendengar lebih kurang 20,000 orang bersorak di hadapan saya adalah perkara yang sangat mengujakan. Saya dapat merasakan tenaga untuk mengadakan persembahan yang lebih menakjubkan," ujar Keshi. Keshi akan memulakan konsert penjelajahannya di Bangkok pada 26 November dan meneruskan perjalanannya ke Jakarta pada 28 November. Penjelajahannya diteruskan lagi pada 30 November di Singapura dan berada di Malaysia pada 2 hingga 3 Disember. Seterusnya, penyanyi lagu Angel ini akan ke Seoul pada 6 Disember, Tokyo 8 Disember, Manilla 11 Disember, dan berakhir di Taipei pada 14 Disember nanti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI