FILEM Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mencatat satu lagi sejarah apabila mendapat kutipan sebanyak RM80 juta dalam tempoh 25 hari tayangan di pawagam. Kutipan itu sekaligus memecah jangkaan pengarahnya, Syamsul Yusof yang sebelum ini mensasarkan kutipan sebanyak RM70 juta. Syamsul berkata, kejayaan itu telah memicu semangatnya untuk terus menghasilkan karya berkualiti demi pembangunan industri perfileman Melayu. Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan masih ditayangkan di pawagam. "Insya-Allah saya akan terus fokus dan berusaha sedaya upaya untuk membawa industri perfileman Malaysia ke peringkat lebih baik. "Walaupun masih ada kelemahan dan perkara itulah yang membunuh industri dan pengkarya filem," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Terus cipta sejarah... ‘Mat Kilau’ cecah RM61 juta, Syamsul Yusof yakin dapat capai kutipan RM70 jut Dalam pada itu, Syamsul menyeru semua pihak seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan kerajaan keseluruhannya perlu saling berganding bahu demi melestarikan karya anak tempatan. "Bukan sahaja penggiat seni, ayuh Finas dan kerajaan... Bangkit dan perbaiki kelemahan industri filem, ikhlas dalam perjuangan ini," katanya. Filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu memulakan tayangan pada 23 Jun lalu dibintang oleh Datul Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As'Ari. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI