suria

Pengikut IG menurun ajar Mia Ahmad lebih selektif kongsi kandungan manfaat kepada pengikutnya

Mia ingin menjadikan media sosial sebagai tempat perkongsian bermanfaat.

EKORAN memilih untuk berehat daripada menggunakan media sosial, pengikut Instagram pelakon dan usahawan Mia Ahmad menunjukkan penurunan.

Mia atau Samiha Ahmad Baderi, 34, berkata, perkara itu berlaku selepas sebulan dirinya tidak aktif dan situasi berkenaan berbeza dibandingkan sewaktu namanya menjadi sebutan menerusi drama Hati Perempuan di TV3 pada 2015.

"Selepas sekian lama berehat daripada media sosial, pengikut sudah semakin kurang, jalinan hubungan (engagement) pun sama.

"Dahulu untuk mendapatkan satu juta senang saja walaupun empat kali (akaun) digodam. Siapa ingat zaman itu?," katanya.

Untitled design (32)

Mia meluahkan pandanganya di Instagram.

Bagaimanapun kata Mia, semua itu bukan lagi perkara utama sebaliknya memberitahu pengalaman hidup banyak mengajarnya untuk lebih selektif tentang perkongsian kandungan bermanfaat kepada pengikutnya.

"Apa pun sekarang, ini cara saya melihat dunia sudah lain. Terima kasih kepada setiap pengalaman yang Allah aturkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat biar tengok YouTube tanpa limit, anak sulung Mia Ahmad hadapi masalah 'speech delay' - “Saya menyesal, baru tahu dah buat silap”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Mia Ahmad tunjuk perkembangan positif, masalah ‘speech delay’ makin pulih - “Banyakkan sedekah dengan niat untuk tolak mudarat”

"Jumlah pengikut penting, tetapi berapa banyak manfaat yang kita berikan kepada mereka? Maaf kalau sebelum ini saya ada memuat naik kandungan yang bukan-bukan dan sia-sia," ujarnya.

Untitled design (31)

Mia bersama suami, Mohd Izham Tarmizi dan dua anak mereka, Issa dan Iris.

Menjelaskan mengenai kehilangannya, Mia berkata selain memberi fokus kepada keluarga, dia juga berehat ekoran dimasukkan ke hospital akibat demam denggi.

"Hari itu masuk hospital sebab denggi. Kasihan suami jaga dua anak kecil di rumah.

Apa pun sekarang ini, cara saya melihat dunia sudah berbeza.

MIA AHMAD

PELAKON & USAHAWAN

"Bila datangnya sakit, kita lebih menghargai antara satu sama lain. Itulah namanya kemanisan dalam setiap ujian," jelasnya.

Di zaman kemuncaknya, Mia pernah popular menerusi drama Hati Perempuan yang mendapat sambutan hangat penonton selain beberapa projek lain seperti Superbike The Movie, Jibam, Siapa tu?, Ms. Boss Miss Stalker, Jejak Kamila dan Sara Kirana.

Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi pada 2017 dan pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Sayf Issa, 4 dan Iris, 2 tahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain