suria

Kmy Kmo dan Luca Sickta angkat masalah korupsi dunia pekerjaan dalam ‘Makuta’

Makuta merupakan lagu baharu Kmy Kmo, Luca Sickta bersama Hazama.

PENYANYI Hazama menjadi gandingan baharu rap duo Kmy Kmo dan Luca Sickta menerusi single baharu bertajuk Makuta.

Lagu tersebut memiliki mesej tentang kesedaran dalam masyarakat.

Menurut Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim, Makuta lebih memberi fokus terhadap perkara yang berlaku dalam kehidupan harian.

"Makuta yang bermaksud mahkota dari bahasa Sunda ini mengisahkan propaganda, ketidakadilan dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan.

"Lebih menjurus kepada ketua, pengurus dan juga wanita kerana golongan ini mempunyai mahkota tersendiri dengan kuasa yang dimiliki," katanya.

Untitled design

Kmy Kmo, Luca Sickta bersama Hazama dengan lagu baharu bertajuk Makuta.

Sementara itu, bercakap mengenai pemilihan Hazama, Luca Sickta memberitahu, pilihan tersebut dibuat berdasarkan bakat, karakter dan personaliti sebagai penyanyi rock.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 'Neraca' bersama Jamal Abdillah, Luca Sickta dan Kmy Kmo mahu kolaborasi dengan penyanyi 'A list' pula - “Kami mahu habiskan dahulu senarai legenda”

ARTIKEL BERKAITAN: Kmy Kmo, Luca Sickta sindir golongan penunggang agama dalam Zuhud - “Semakin ramai yang bertopeng”

"Bagi saya Hazama adalah seorang penyanyi yang sangat menjiwai setiap apa diamanahkan.

"Saya juga melihat Hazama sebagai seorang legenda muda yang dihormati selain memiliki karakter bersahaja," terangnya.

Untitled design (1)

Selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan Datuk Jamal Abdillah, Hazama menjadi gandingan baharu Kmy Kmo, Luca Sickta.

Bagi Hazama, kerjasama itu dianggap sebagai satu penghormatan apatah lagi apabila kedua-duanya pernah bergandingan dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan Datuk Jamal Abdillah.

Makuta yang bermaksud mahkota dari bahasa Sunda ini mengisahkan propaganda, ketidakailan dan korupsi yang berlaku pada dunia pekerjaan

KMY KMO

PENYANYI

"Ini satu penghargaan untuk berkolaborasi bersama dua penyanyi rap seperti mereka.

"Melihat kepada karya sebelum ini dan pengalaman mereka bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri tanah air," ujar Hazama.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Kym Kmo dan Luca Sickta itu mengetengahkan elemen muzik hip hop, rock dan Nusantara.

Makuta boleh didengari menerusi platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan YouTube.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain