suria

Ditukar kendali segmen petang, stesen radio ‘downgrade’ Fad Bocey?

Fad syukur masih diberi kepercayaan bertugas di stesen radio.

PENYAMPAI radio dan pelawak Fad Bocey tidak melihat peralihannya mengendalikan segmen Sembang Squad di Hot FM sebagai 'turun pangkat' apatah lagi sebelum ini dia mengendalikan segmen pagi.

Fad atau Fadzlie Nizam, 31, sebaliknya berkata, setiap segmen mempunyai kepentingan tersendiri dan bersyukur kerana masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menghiburkan pendengar.

"Tugas sebagai penyampai radio perlu fleksibel. Dalam kontrak kerja juga sudah dinyatakan tentang sebarang pertukaran dan saya perlu sentiasa bersedia.

"Saya hormati keputusan pihak pengurusan dan tidak pernah rasa downgrade sebab setiap segmen ada kepentingan tersendiri. Kalau ada berfikiran begitu, terpulanglah.

fad 3

Fad dan Fizi berganding dalam segmen Sembang Squad.

"Apa paling penting saya gembira dan tiada apa yang perlu dipertikaikan, bukannya gaji saya dikurangkan," katanya kepada mStar.

Menerusi segmen itu, Fad digandingkan dengan Fizi Ali dan Sembang Squad bersiaran pukul 3 petang hingga 7 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Seksa dengar cerita Fad Bocey sakit ‘slip disc’... Perlu masa untuk sembuh, terpaksa harap bantuan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Fizi Ali mengaku silap tinggalkan Suria FM secara mengejut, berhijrah bukan kerana wang tapi mahu kembangkan karier pengacaraan

Mengulas gandingan bersama Fizi, Fad berkata, mereka tiada masalah untuk bekerjasama dalam tempoh singkat kerana saling memahami dan faham akan tugas masing-masing.

Saya gembira dan tidak ada apa yang mahu dipertikaikan. Bukannya gaji saya dikurangkan

FAD BOCEY

PELAWAK/PENYAMPAI RADIO

"Saya rasa bertuah digandingkan dengan Fizi kerana dia seorang yang mudah didekati dan tiada masalah bekerjasama meskipun tidak pernah duduk dalam satu konti bersama.

"Fizi ada kepakaran dan pengalaman tersendiri dan begitu juga saya. Kami sama-sama kongsi ilmu.

"Tapi dalam hal teknikal saya banyak serahkan kepada Fizi kerana dia mempunyai lebih banyak pengalaman sebagai penyampai radio," jelasnya.

fad 1

Fad turut bersaing di pentas Muzikal Lawak Superstar bersama kumpulan Ubi.

Lima tahun bergelar penyampai radio, Fad bagaimanapun memberitahu masih belum melupakan kariernya sebagai pelawak dan masih menjadikan ia sebagai keutamaan.

"Keutamaan saya masih lagi sebagai pelawak. Jika ada undangan saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan mereka tidak ada masalah untuk saya terlibat dengan mana-mana program lain.

"Berlakon pula saya akan tolak secara baik kerana komitmen masa. Kalau ada telemovie yang penggambaran tidak lama saya akan terima. Saya perlu imbangkan semua tugas,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain