BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itu perumpamaan yang boleh digambarkan tentang vokalis kumpulan XPDC iaitu Ali apabila air mata jantannya tumpah tatkala menceritakan keadaan terkininya selepas tiba-tiba jatuh sakit akibat kesukaran bernafas pada Mac lalu. Ali, 53, memberitahu ketika ini dia masih menjalani proses pemulihan di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur ekoran masih belum mampu berkomunikasi dan membaca dengan lancar selain anggota badannya masih lemah. Disebabkan keadaan dirinya itu juga, Ali masih belum mampu menerima sebarang tawaran pentas kerana ingin memberi fokus kepada pemulihannya selain ingin memastikan vokalnya kembali pulih seperti biasa. "Syukur keadaan semakin pulih, cuma vokal saya belum mampu push seperti sebelum jatuh sakit dan perlukan banyak berehat. Ali ambil masa rehat untuk kembali pulih selepas tiba-tiba jatuh sakit pada Mac lalu. "Saya boleh bercakap tetapi agak perlahan kerana sukar untuk mengeluarkan perkataan, begitu juga membaca. "Alhamdulillah setakat ini saya boleh uruskan diri sendiri melakukan rutin harian... Meskipun tidak berdaya, saya perlu kuat kerana semangat untuk pulih sangat tinggi. ARTIKEL BERKAITAN: Ali XPDC belum boleh bercakap seperti biasa... Isteri syukur dapat sumbangan ringankan beban, tapi tak mahu meminta-minta ARTIKEL BERKAITAN: Ali XPDC ditidurkan, isteri mohon adakan solat hajat dan bacaan Yasin Pada 4 Mac lalu, Ali dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tiba-tiba tidak bermaya ketika mahu menikmati makan malam selepas selesai menjalani latihan di studio milik pemain bass XPDC iaitu Eddie di Pandan Indah. Selepas seminggu dimasukkan ke hospital, keadaan penyanyi itu semakin merosot sehingga terpaksa ditidurkan akibat mengalami gangguan pernafasan. Dalam pada itu, Ali memberitahu meskipun sedang sakit, dia masih menerima pelbagai undangan nyanyian ekoran ada pihak yang tidak tahu tentang keadaan kesihatannya. Saya reda dengan takdir ini dan Allah beri masa untuk saya berehat. ALI XPDC PENYANYI Disebabkan itu juga, Ali tidak menghalang jika XPDC ingin mencari pengganti dirinya kerana sedar rakan-rakannya perlu terus berkarya dan mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. "Ada juga tidak tahu saya sakit dan memanggil saya untuk persembahan pentas tetapi terpaksa saya tolak kerana kesihatan tidak mengizinkan. "Ahli XPDC ada memaklumkan mereka perlu mencari pengganti untuk sementara dan saya kira itu paling terbaik kerana mereka juga perlu teruskan kehidupan. "Apatah lagi saya tidak tahu berapa lama tempoh untuk kembali pulih. Memang rindu nak menyanyi tetapi biarlah saya betul-betul sihat," jelasnya. Ali tiba-tiba rebah ketika menjalani latihan vokal pada Mac lalu. Sementara itu, Ali berkata, dia reda dengan takdir menimpa dirinya dan menganggap Allah ingin memberinya masa untuk berehat. Ali juga melahirkan rasa syukur apabila isterinya menjadi sokongan paling penting sepanjang proses pemulihannya. "Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Saya hanya boleh tersenyum dan sentiasa berfikirkan positif. Saya reda dengan takdir ini dan Allah beri masa untuk saya rehat. Saya terima ujian ini dan berusaha untuk pulihkan diri. "Sepanjang sakit, isteri banyak memainkan peranan penting kerana dia banyak memberi sokongan dan membantu sepanjang saya sakit. "Begitu juga anak-anak dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya," jelasnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI